blog ini ibarat diari kisah dulu, kini, semasa, mendatang hidup aku insan yang diberi nama ahmad fais misbah. bukan untuk mencari keuntungan, hanya sekadar catatan untuk tatapan generasi aku akan datang
Showing posts with label berkebun. Show all posts
Showing posts with label berkebun. Show all posts
Saturday, March 8, 2014
Fasa baru 2014 - kebun
Saturday, October 20, 2012
kEbUn KU oH KeBuN kU
Akhirnya permohonan tanah aku telah diterima. Tapi bukan kompom dapat cuma diterima & kena menjalani proses seterusnya iaitu temuduga. Surat sampai di rumah aku di Kampung di Johor.
Minggu tarikh aku kena temuduga itu telah dirancang untuk kami sekeluarga balik ke Perak kerana ada kenduri di sana.
Nak buat macam mana terpaksalah pecah dua. Aku balik Johor seorang naik motor & wife aku balik Perak dengan anak-anak naik kereta
Pagi-pagi Jumaat tu aku sampai ke Tangkak dengan mak aku naik kereta sepupu aku Udin. Mak aku pun dapat tawaran temuduga tu.
Beginilah suasana di pusat temuduga tu. Memang ramai betul. Maklumat yang aku dapat keluasan tanah yang dipohon tu 500 ekar . Tapi yang memohonnya dalam 4000 orang. Cuma bezanya aku memohon secara kelompok. Boleh dikatakan peluang untuk dapat tu lebih besar.
Bayangkan aku sampai sana jam 9.00 pagi ..pendek cerita selesai temuduga 12.30 tghari. 3 Jam 30 minit menunggu.
Gambar bawah: Suasana di rumah aku di Johor yang hari-hari hujan. Musim hujan yang boleh menyebabkan banjir lagi di Johor.
Friday, June 29, 2012
kOntRoVesi kEbUnKu
22-24 Jun 2012- Aku merempit balik ke kampung setelah info family aku, kebun yang aku mohon itu perlu dibersihkan. Kebun yang dimaksudkan adalah bekas kawasan tadahan air yang di teroka oleh orang-orang kampung aku termasuk aku. Yang menjadikan kontrovesi nyer adalah orang-orang kampung yang irihati kerana tak masuk dalam group memohon ni. Mereka-mereka yang nak benda free jer....Mereka-mereka yang tak mahu membayar RM1500 masa mula-mula projek teroka kebun ni tahun lepas. Duit tu pun bukan untuk apa . Untuk buat parit yang kini telah berjaya mengeringkan kawasan paya tu. Termasuk juga duit ukur tanah dan lain-lain kos. Dengar cerita pasal kebun ni dah masuk surat khabar dua kali.
![]() |
| ADA RUPE PETANI X...WAKAKA.. |
![]() |
| PAMAN & ANDY SEDANG BERSIAP SEDIA |
![]() |
| SEDANG MENGESAN LOKASI SETELAH TERSESAT |
![]() |
| MASING-MASING TEKUN..MACAM TENTERA PULAK RASA |
![]() |
| PELAN-KEBUN AKU YANG BERTULIS FAISE. |
![]() |
| AKHIRNYA JUMPA..APA LAGI TUKAR PANCANG BESAR PUNYA |
![]() |
| INILAH YANG DIKATAKAN KEBUN AKU |
Subscribe to:
Posts (Atom)



















