TenTAnG aKU

Sunday, April 15, 2012

rangking FIFA harimau malaya


KEKURANGAN perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terus menjunam apabila berada di tempat ke-156 dunia.
Penurunan itu disifatkan paling buruk sejak Januari lalu apabila skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu menduduki tempat ke-148, sebelum turun dua anak tangga ke-150 pada Februari dan 152 bulan lalu.
Tambah memburukkan imej, skuad negara kini berada di bawah beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum kurang mempunyai kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, skuad negara yang juga juara bertahan Piala AFF berada di tangga kelima, di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).
Penurunan itu juga menyaksikan kedudukan skuad negara dalam ranking Asia turut terjejas apabila merosot tiga anak tangga daripada tempat ke-24 bulan lalu, ke tangga 27 daripada 46 negara.
Kedudukan ranking dunia membabitkan 205 negara.

Saturday, April 14, 2012

Trip ke Gua Tempurung

Setelah sekian lama merancang, akhirnya trip road to Gua Tempurung telah berjaya kami laksanakan .

Kami bertolak dari Shah Alam jam 7.00 pagi..Sampai di Gua Tempurung lebih kurang jam 10.30 pagi. Sampai jer kita isi perut dulu..

Bila kami masuk ke dalam memang tempat ini sungguh indah. Terdapat beberapa perkara menarik di sini..kalau korang nak tau korang pergilah sendiri..he he he..sebenarnya terdapat beberapa bentuk batu yang menyerupai objek-objek seperti binatang,, muka manusia,,dan lain-lain..Sumer ini terbentuk akibat air yang sekian lama. Terdapat juga peninggalan pelombong-pelombong zaman dahulu.

Balik dari Gua Tempurung kami singgah di Air Terjun Lata Kijang..Kami makan bekalan yang kami bawa sambil mandi manda..

Monday, April 9, 2012

GUA TEMPURUNG ROAD TOUR

Assalamualaikum....... 

Biro riadah SSFC yang dicintai ini akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak Darul Rizuan....

Ini kerana setelah kita berjaya pada trip yang pertama pada tahun lepas...kita KECEWA xdapat masukkan???......kesian........

(muka-muka kecewa xdapat masuk Gua Tempurung )
La Nie.... kita buatlah trip yang kedua...
Tapi......
Trip ini tiada bayaran yang ditetapkan..
Trip ini tiada syarat-syarat dikenakan...
Sapa nak pegi kita kumpul ramai-ramai kat Opis...
Gerak...tumpang-tumpang....
Kolet duit masing-masing...
&&&&&& GOOOOoooo.......
Sedikit Info Gua Tempurung

Tarikh dicadangkan 14 April 2012*tertakluk pd perubahan

Sampai sana pilihan masing-masing nak masuk pakej mana...tapi kena bagitau urusetia awal untuk proses BOOOking....PAHAM.......!!!!!
Segala perbelanjaan pengangkutan adalah urusan tuan punya kereta dan penumpang...pandai-pandailah nak TONG TONG...
Segala perbelanjaan lain seperti makan, minum, rokok, bayaran masuk tandas dan lain-lain ADALAH URUSAN SENDIRI...
post ini hanyalah makluman awal..

Sekian....

Majulah SSFC untuk Diri Sendiri...

Wartawan kurengskru.com

Tuesday, April 3, 2012

Isu SeMaSa-Gaji KaKiTAngan aWaM NaiK


JADUAL PELARASAN GAJI BARU PENJAWAT AWAM BOLEH DISEMAK DALAM LAMAN WEB JPA

Bernama
1/4/2012
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.
Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.
  Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.
Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).
Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).
Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.
Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.
Beliau berkata peruntukan Pekeliling Perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.
 
SSM 2012 atau lebih dikenali sebagai Sistem Saraan Malaysia 2012 merupakan sistem gaji yang digunakan untuk kakitangan awam di Malaysia. Sejak saya kerja kerajaan, agak pening juga mempelajari pasal sistem gaji yang digunakan ini.
Sejak SBPA dibatalkan dan SSM akan ditambah baik, pasti sudah ramai kakitangan awam yang menanti Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam SSM 2012. Pekeliling SSM 2012 ini baru sahaja diedarkan, semoga persoalan yang bermain di fikiran kakitangan awam sebelum ini bakal terjawab.
Segala persoalan mengenai tangga gaji, kenaikan kadar bantuan sara hidup, pengiraan gaji lama ke gaji baru dan segala perkara yang berkaitan gaji bakal dijawab di dalam pekeliling ini.
Untuk mendapatkan Pekeliling Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 sila muat turun semua pekeliling di bawah:

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam SSM 2012

  1. PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  2. PP 2/2012: Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  3. PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup
Jika terdapat sebarang masalah, sila ke http://www.jpa.gov.my/ssm/

bEsdAY aDIK-aHmAD fArIS iZHan

Adik dah 3 taunla...Adik nak kek beday tu U bungeee......
kek beday 2 U bungee idaman adik
itulah ungkapan yang aku dengar hari-hari sejak kebelakangan ni...akhirnyer 02/04/2012 baru ni sampailah tarikh keramat putera ke 2 aku. Kebetulan mak ade kat rumah akak kat melaka, aku sekeluarge g lah rumah akak aku.Oleh kerana akak aku pembuat Kek sambilan aku pun terus order kek besday adik menggunakan air liur je... he he he...kire akak sponser ler....sewaktu proses membuat kek tu ..adik kejap-kejap g dapur nak tengok kek besday 2u nyer dah masak ke belum...


















pEnGALAMaN bARU..

06/03/2012 Lalu aku ikut member aku g mancing kat jambatan pulau indah..aku bukan minat mancing tapi aku suke ikut orang g mancing..he he he... pelikkan..Member aku Zulham, Aie & Azreel pegi dulu ketempat mancing tu.aku g lambat sikit..tercari-cari gak tempatnyer..



Setelah beberapa kali koling-koling ngan aie..akhirnyer aku jumpe tempat tu...kena lak bayar singgit tuk masuk ke laluan bawah jambatan pulau indah tu..
  Gambar sebelah kiri nie adalah tangga masuk ke lorong lorong untuk pegi ke tiang tiang di bawah jambatan pulau indah.
  Gambar kanan ATAS ni pulak laluannyer Gelap dan menyeramkan. Aku dalam keadaan cuak-cuak @ berani-berani takut tercari-cari kat mana diaorang...Akhirnya jumpe gak diaorang kat Tiang no.4

Gambar kanan ni Azreel . Pemancing pertama yang dapat ikan malam tu..Spesis ikan ialah Gelama..






Gambar kiri ni pulak Zulham yang telah menunggu sampai berjanggut untuk mendapat ikan. tapi biler dapat Gelama impiannyer tu dia dapat saiz yang paling besar..Gambar Aie lupe nak tanggkap padahal dia yang paling banyak dapat ikan malam tu..Aku ingat lebihlah 20 ekor.



Gambar kanan adalah aku yang mendapat ikan pertama memancing dalam hidup aku kot.....tak ingat.. he he he..ikan nie aku dapat sewaktu tolong pegang pancing aie..he he he...

  Bangga beb dapat tangkap ikan walaupun aku g mancing tak bawak pancing. HA HA HA..