TenTAnG aKU

Monday, July 9, 2012

rOnDa-RonDa @ bEAn,S

Setelah bean's bernyawa, semua la xnak melepaskan RINDU naik mini ni. Sebaik saja bean's sampai kat halaman rumah. semua terus terkam berebut-rebut nak naik..xpala jom kita ronda-ronda...
baru tiba di halaman rumah..pon...pon....
belum pepe dua hero nie dah ada kat dalam

sumer dah standby..baby rilex jer sambil makan rambutan

sebelum gerak posing dulu.....cak.....

senyum.....

gambar-gambar atas adalah muka-muka teruja sebab dah lama xdapat naik keta mini ni.....
waktu meronda hujan renyai-renyai

indah sungguh permandangan sawah padi waktu gerimis ni..

sejuk mata memandang

 ronda ronda sekitar kampung jer sebab mini nie belum di renew roadtax lagi....gambar atas adalah sawah padi sekitar kampung ku. pemandangan dari dalam bean,s
step 1

step 2

step 3
Gambar atas: Indahnya bersiar-siar di tengah sawah padi, ditiup angin sepoi-sepoi yang memberatkan mataku..akhirnya..ZZZZzzzzzzzz.................
enijin mini 1.3 manual

mY bEaN'S

bEaN's bErNyaWa sEMulA

Setelah hampir 2 tahun keta mini ni terdampar di bawah garaj. Akhirnya 7 Julai 2012 keta kesayanganku ini bernyawa semula. Bukan aku suka-suka nak damparkan mini ni. Tapi masalah mencari pomen yang sanggup membaiki mini yang agak sulit ni yang susah. Setelah sekian lama ia dirawat oleh memberku pomen bernama Anuar Zambin sehinggalah dia dah tak sanggup untuk melayan kerenah miniku ini. Baru-baru ni memberku pomen bernama Erul yang sanggup memberi nyawa kepada miniku. Lega.....Last sekali mini ni boleh bergerak ia mengalami masalah gear xboleh masuk. Masalah klac la tu...sejak tu terdampar....

Ini adalah Klac Pump untuk mini  Klac pump ini adalah di bahagian atas. Barang memang mudah dapat tapi harganya yang .......erkkk....Kalu Original betul semua besi dan didatangkan dari UK, pump ni jer harga 4 ratus lebih. Barang ni jenis yang plastik aku beli kat Kedai spare part di Klang dengan harga RM 230.00 setelah di tawar giler-giler. Klac pum untuk bahagian bawah lak Erul belikan di Muar ( ni pic ) dengan harga RM 95.00. Minyak klac Dot 3 lak Erul beli dengan harga borong 1 Liter RM 10.00 jer..murah.

Ni dia bahagian enjin Mini ku. Plug Erul tukarkan baru punya RM 18.00.
Enjin dah hidup dah xda masalah. Cuma hri tu poli belt dia tercabut. Erul dah Weldingkan jere untuk sementara waktu. Tengah pasang-pasang tetiba paip untuk salur minyak klac tu xngam & dah patah....pening lagi. Cari kat kedai spare part xda jual. sampai tauke kedai spare part tu boleh kata. ini barang ala luit pun x boleh lapat...wakakaka..kat muar jer yang susah dapat kot??? Akhirnya setelah abis ikhtiar jumpa juga di barang tu di bengkel yang ada buat mini sikit-sikit ( lupa nama bengkel) di Tangkak....Lega.....Sekarang masalah klac jer..Sumer dah pasang , tapi minyak xnaik-naik ..Pump....pump...

Setelah hampir tercabut kaki mengepam minyak klac tu akhirnya berjaya juga...dah boleh masuk gear dah..cuma keras sikit.Erul kata klac x boleh masuk abis.Dia dah try tapi xboleh lagi...Xpala.  Oklah tu janji leh masuk gear.
Enjin sedang dipanaskan sebelum boleh berlepas. Kawan-kawan punya pasal upah Erul ambik RM 50.00 jer. Thanks Erul. Aku sebenarnya xkisah upah berapa. Janji Miniku leh bergerak..Tapi ada satu masalah lagi. Bateri yang aku beli 2nd hari tu x cukup power. Ptg tu jugak aku pegi kedai tempat aku beli tu di Taman Cempaka, Bukit Gambir aku pulang balik. Dapat balik RM 100.00. Setelah servey beberapa kedai akhirnya aku beli betari baru kat kedai jauh sikit di Pagoh dengan harga RM 220.00. Untuk pengetahuan, Kereta Mini sesuai pakai bateri NS 70 kerana lebih POWER. Lepas beli balik pasang jer bateri baru....VVrroooommmmm...mengaum semula Miniku....Alhamdullilah.....Tapi total sumer fasa ni aku dah kopak dekat 7 ratus untuk memberi semula nyawa semula kepada Mini Bean ku ini.....ish..ish..ish


kEnDuRi mErAsMi RuMaH bArU aKAk

6 jULai 2012. bUkIt KaTiL, mElaKA. Satu majlis sederhana ringkas telah diadakan sempena siapnya kerja-kerja ubahsuai + rumah baru akan di Taman Saujana Indah, Bukit Katil. Rumah baru adalah rumah sebelah rumah akak yang dibelinya kemudian dipecah dindingnya untuk menjadi satu rumah. Dengar cerita kos ubahsuai jer dah RM20000. Wow !!!. Apapun tahniah buat akak & abang Man sekeluarga kerana dapat membesarkan rumah. Lepas ni senanglah kami kalau nak kerumah sebab bebas hero & heroin berlari. wakakaka..
        Kenduri ini hanya dihadiri keluarga kedua belah akak & abg Man sahaja. Majlis yang bermula selepas Solat Maghrib disertakan dengan bacaan Surah Yassin.
pintu masuk utama

bacaan Surah Yassin

Abah & Atuk

Tetamu wanita
Acara makan

dah boleh makan ker..

Apa tunggu lagi ....serbu
Acara menyambut Ulang Tahun ke 8 Nur Elya Ezwany. Nih gambar kek dia.

Yang bertudung grey tu Wany. Tapi macam Faris punya birthday lak...

tengokla muka adik yang ganaz tu..nak jer aku terkam kek ni.....

selamat hari jadi..selamat hari jadi

fuh!!! fuh !!!..tiup...abis bersembur air liur....

Meh ayah potongkan..

Yess!!!! dapat adik makan kek hari nie...

tapi yang tak boleh tinggal kek bungeee.....wakakakaka...adikkan mat bunge....

Sunday, July 8, 2012

miNi sUpEs 2012 ( p.o gOmBak )

 Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012

Laporan ini di Copy Paste dari blog P.O Gombak

30 Jun 2012 (Sabtu); KSKS JP Selangor dengan kerjasama P.O Gombak telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012. Hanya 4 acara dipertandingkan iaitu futsal lelaki, badminton berpasukan, ping pong berpasukan dan karom berpasukan.

poster kejohanan
Acara futsal dan badminton dijalankan di Dewan Badminton & Futsal Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, Rawang, pada sebelah pagi. Upacara perasmian kejohanan juga dijalankan di dewan ini oleh Timbalan Pengarah, Puan Norhashimah bt Haron.

Setelah tamat acara futsal dan badminton pada tengahari, para pemain, penyokong dan kaum keluarga masing-masing bergerak pula ke Pejabat Operasi Gombak untuk menikmati makan tengahari serta penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang acara futsal dan badminton.

Acara seterusnya iaitu ping pong dan karom berlangsung sengit dan upacara penyampaian pingat berlarutan hingga jam 5.00 petang.

Berikut keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan:


Pertandingan futsal dijalankan secara timbal balik (setiap pasukan menentang sesama sendiri sebanyak 2 kali). Perlawanan sengit yang kadangkala agak tegang antara 3 penjuru akhirnya menyaksikan HQ Shah Alam muncul johan, P.O Gombak sebagai naib johan dan P.O Kajang di tempat ketiga.



Dalam acara badminton berpasukan, 4 kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Persaingan sengit antara HQ Shah Alam dan P.O Kajang yang memungut mata yang sama menyebabkan pemenang emas terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. P.O Kajang diisytihar sebagai johan, HQ Shah Alam  naib johan dan P.O Gombak terpaksa merelakan diri berada di tempat ketiga.

Bagi acara khas untuk VIP, kategori perseorangan wanita dimenangi Pn. Shima yang menewaskan Pn. Azah. Dalam kategori beregu, pasangan En. Rosli / En. Abu Bakar berjaya menewaskan pasangan Mr. Lee / En.Azhari.



 Bagi acara ping pong berpasukan, kategori yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. HQ Shah Alam nyata terlalu unggul dalam acara ini dengan membelasah kedua-dua P.O.... sampainya hati mereka!



 Hanya 3 kategori dipertandingkan dalam acara karom berpasukan, iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita. Kekuatan seimbang antara mereka menyaksikan ketiga-tiga pasukan memungut mata yang sama. Pemenang pingat terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. Johan dimenangi oleh P.O Kajang, naib johan jatuh kepada P.O Gombak dan HQ Shah Alam terpaksa berpuashati mendapat pingat gangsa.



Berdasarkan carta di atas, jelas sekali P.O Gombak berjaya menjadi tuan rumah yang baik kerana cuba sedaya upaya menggembirakan hati tetamu yang datang dari jauh dengan tidak merebut walau satu pun pingat emas... hehe! Walaupun agak kekurangan dari segi jumlah anggota... warga P.O.G tetap berbangga dapat juga merebut 3 pingat perak...maknanya berupaya juga memberi saingan dan tidaklah corot sangat.

majlis penyampaian hadiah
Kami di P.O.G mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pegawai/pemain/penyokong/ahli keluarga yang hadir memeriahkan acara dan juga kepada semua yang terlibat memastikan kelancaran penganjuran sukan ini. Segala kekurangan harap dimaafkan dan sila tegur untuk diperbaiki di masa akan datang.

macam-macam ragam pemain dan penyokong...
Penganjuran mini sukan ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya, antaranya mengeratkan silaturahim sesama anggota JP Selangor, menyemai semangat berpasukan, memupuk budaya bersukan serta menjadi salah satu medan untuk mengenalpasti pemain yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi (sukan antara zon misalnya).
seorang juara menerima pingat..wakakakaka....


Jumpa lagi di kejohanan yang akan datang. 

Sekian, wartawan K-POG yang tak bertauliah melaporkan.

Monday, July 2, 2012

sEjAraH sHAh aLAm

 Diam xdiam sudah lebih kurang 13 tahun aku menetap di Shah Alam. 3 tahun di Uitm + 10 tahun di Jabatan Perangkaan. Kalau ikut aku ni dah jadi warga Shah Alam dah kot. Lahir dan membesar je di Muar Johor. Wife aku lahir dan membesar di Taiping Perak. Anak aku pulak ketiga-tiga lahir di Selangor. Jadi, anak-anak akulah yang jadi anak jati Selangor. Olah kerana dah berakar umbi aku menetap di Selangor, kenalah tahu serba sedikit sejarah selangor ni. Bukan apa paling tidak pun senang nak jawab kalau anak-anak aku tanya nanti..Cari punya cari aku terjumpa gambar-gambar di awal pembinaan bangunan-bangunan sekitar selangor.
Bangunan MBSA tahun 80-an

Bangunan Sultan Sallahuddin (SUK) tahun 80-an

Plaza Perangsang dama pembinaan

Masjid Negeri Shah Alam dalam pembinaan

Muzium Shah Alam dalam pembinaan

Stadium Utama Shah Alam dalam pembinaan