TenTAnG aKU

Friday, September 7, 2012

hAri RaYa @ mUaR = 6 sYawAl

Hari raya ke 6 ni kami sepakat untuk pergi beraya kat rumah akak di Taman Saujana Indah, Bukit Katil, Melaka.
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kalau ikut perancangan kami akan bertolak jam 3.00 ptg. Tapi kami menerima berita sedih dimana Atuk saudara kami yang kami panggil Atuk Yaman telah kembali ke Rahmatullah. Jadi kami pergilah menziarahi jenazah di Kampung Sungai Baru , Bukit Gambir.

Jam 5.30 petang barulah kami berangkat ke rumah akak. Usu ikut sekali satu kereta. Sampai rumah akak lebih kurang jam 6.30 ptg.









Jam 8.00 malam kami bertolak ke rumah Utih di Taman Indah, Sungai Abong Muar. Akak pun ikut sekali satu kereta.

Sampai di rumah Utih lebih kurang jam 9.00 malam. Memang meriah sebab ramai yang ada. Paman pun baru sampai dari kampung. Antara cerita yang heboh tentunya majlis kahwin Wan yang akan diadakan 18 November 2012 nanti. Kalau beraya kat rumah Utih ni menu yang wajib ada ialah sate. Memang banyak betul Cik Din beli. Aku ingat 1000 cucuk ada la. Siap kami bawak balik lagi. Menu lain ialah mee hailam, buah duku (pun banyak) & macam-macam lagi.




Lebih kurang jam 11.00 malam kami bertolak pulang

hAri RaYa @ mUaR = 5 sYawAl

Hari Raya ke 4 ni aku beraya di rumah Latif. Wife dia tak ada sebab sedang berpantang di Pontian. Latif telah dikurniakan anak yang kedua. Yang sulung lelaki , yang ni perempuan. Tahniah !!. Kat rumah dia cuma ada dia & Mak dia ( Atuk Amin ). Yang menarik masa kami datang ke rumah dia ialah taman yang dibina dicelah-celah rumah. Sungguh kreatif. Siap ada nama lagi 'TERATAK BONDA'. Macam nama rumah Mawi lak..


Lepas pergi rumah Latif kami terus pergi ke rumah atuk. ( tiada gambar ).Kat rumah atuk agak lama & kemudian kami ajak atuk ke rumah mak sebab malam nanti kami akan pergi beraya ke rumah Usu & Andak.

Jam 8.00 malam kami bertolak ke rumah Usu yang berada di Taman Cempaka, Bukit Gambir. ( Lagi lupa nak ambil gambar ) Makan kuih & bihoon goreng.

Jam 9.30 malam kami bertolak pula ke rumah Andak di Kampung Sungai Baru Bukit Gambir. Sampai di sana Andak Hatta tiada. Sai & Lina pun baru sampai petang tu dari Terengganu. Bawa balik keropok lekor. Ni yang best ni..aku makan banyak tak ingat walaupun tadi kat rumah Usu aku dah makan bihoon 2 pinggan. Kat rumah Andak pun masak bihoon juga.emmmm...





Lebih kurang jam 11.00 malam kami berangkat pulang.

hAri RaYa @ tAiPiNg --------> mUaR = 4 sYawAl

Hari Raya ke empat merupakan hari Raya perjalanan kami untuk balik ke kampung satu lagi. Ini ialah perjanjian kami sejak kami kahwin. Setelah beraya di Taiping selama 5 hari kami bertolak balik ke Johor hari ni. Lebih kurang jam 9.00 pagi kami bertolak. Aku dah dapat rasakan betapa jauhnya perjalanan kami hari ni. Harap-harap perjalanan lancar tanpa kesesakan lalulintas. Dalam perjalanan yang jauh itu, hero,hero & heroin aku tidur sepanjang perjalanan. Tenang sikit perjalanan.Sampai di R & R Seremban kami berhenti untuk mengisi minyak kereta barulah diaorang bangun. Tanpa disangka-sangka aku bertemu dengan Talib yang dalam perjalanan ke Melaka. Terasa kecil dunia ni. he he he. Akak & paman dah beberapa kali telefon aku bertanyakan dah sampai mana. Pakcik aku yang aku panggil ayah sedang menunggu aku sampai. 
Lebih kurang jam 2.00 petang aku sampai ke Muar dah terus menuju ke rumah Paman aku, Ramai keluarga aku berkumpul disana. PENAT ???? Kalau ikut perjalanan kami hari ini ialah 470 kilometer & bayaran tol RM 56.10. Alhamdullilah kami selamat sampai....

Kiranya aku beraya rumah paman sekalila ni..

Dari rumah Paman aku baliklah ke Villa Seri..Petang tu juga aku terus hidupkan Bean's. Terus bawa pusing-pusing pekan & beli minyak diesel untuk pelita. Kat kampung aku sepanjang jalan ada orang-orang kampung pasang pelita. Sayangnya masa aku balik ni diaorang dah tak pasang pelita lagi . diaorang pasang sampai Raya ke 3 jer.


 Gambar atas ialah suasana Villa Seri pada malam Raya ke 4.

Malam tu main bunga api lagi..........








Thursday, September 6, 2012

hAri RaYa @ tAiPiNg= 3 sYawAl

Hari Raya ke tiga kami di Trong. Pagi-pagi lagi kami telah pergi menziarahi kubur. Memang agak lewat kerana kami tunggu Cik Are balik dari Changkat Lada pada Raya kedua. 

Selepas ke kubur. kami berangkat ke Pulau Pinang. Nama tempat tu kalau tak silap aku Bukit Minyak. Kalau ikutkan perjalanan kesana tak sampai sejam. Tapi disebabkan JEM yang luar biasa teruk . Berjam-jamlah untuk sampai kesana
.


Sampai ke Trong semula lebih kurang jam 10.30 malam aku terus tidur kerana penat giler bawak kereta. Esok nak drive lagi untuk balik ke Johor..ZZzzzzZZZZzzzzZZZZZZzzzZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzZ......

hAri RaYa @ tAiPiNg= 2 sYawAl