TenTAnG aKU

Tuesday, November 13, 2012

mAnDi KoLaM

Sewaktu aku pergi ke majlis Lan di Melaka . Mak , Wany & Eryna ikut kami balik ke Shah Alam. Sudah agak lama juga mereka tidak ke rumah aku.
Mengikut perancangan mereka akan berada di rumah kami 4 hari 3 malam kerana pada Rabu kami semua akan balik ke Muar untuk majlis kenduri kawin Hazwan pula.
Biasalah kalau saudara mara( anak buah )datang kerumah aku ni dah tentu tujuan utamanya mandi kolam. tak sabar-sabar. Wany & Eryna terutamanya. Anak-anak aku pun kalau tak ada orang datang rumah susah juga nak mandi kolam ( abah malas nak bawa ) .





































 Hari selasa aku cuti Deepavali aku ingat nak bawa diaorang jalan-jalan Pantai Morib. Bila tanya tak nak ..NAK MANDI KOLAM.....

Sunday, November 11, 2012

LaN kAwiN

Roslan atau panggilannya adalan Lan adalah anak kepada makcik jiran akak aku kat Melaka. 11 Haribulan Nov Lan telah menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.










SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT LAN & ISTERI
MOGA BAHAGIA SELALU KEKAL KE ANAK CUCU

Friday, November 9, 2012

jErsi Johor 2013

jersi pasukan JOHOR 2013. 
Cun tak......?????
Jersi dah cun...
Player dah cun.....

MAIN.....???????????????????

Friday, November 2, 2012

mEmanCing Di kOlam SekSyen 24

Akhirnya aku telah beli joran. Oleh kerana tidak sabar menunggu kerana simpan duit tak cukup-cukup & malu asyik pakai joran pinjam jer..he he he. Aku pun sambarlah joran yang biasa-biasa jer brand Toman. Mr Abu bin Garsia memang matlamat utama aku, tapi yang ni adalah joran kedua. Maknanya beli joran kedua dulu baru beli joran utama. Ada ka.....
Bila dah ada joran sendiri mulalah tak sabar nak try. Aku beli joran ni di Tackle seksyen 13, Shah Alam dengan member seperjuangan aku Mr Af. Sewaktu membeli joran tu , dapat pula iklan kolam pancing di Seksyen 24, Shah Alam. Memancing 10 jam dengan bayaran RM 30.00 sahaja. Tapi jika dapat ikan 2 kilogram keatas kena lepas semula di kolam. Kiranya memancing suka-suka jer. Kalau dapat 2 kilo kebawah boleh bawa balik.
Setelah sepakat dengan Mr Af. Kami pun memberanikan diri untuk try. Sebenarnya aku yang sungguh-sungguh nak try sebab aku tak pernah memancing kat kolam. Mr Af memang dulu kaki pancing kolam



 Kat kolam ni memang ikannya banyak giler. Setiap saat ikan-ikan tu akan menari-nari dan akan mengeramkan pemancing-pemancing disini. info : ikan disini ikan air tawar .spesies seperti patin, mekong, karak, pachu, toman dan banyak lagi.



16.68 kg

mekong

bergambar di ikan yang orang lain dapat pancing

Ikan pertama aku dapat bawa naik.Patin 1.8 kilo

puas hati ikan pertama dengan pancing baru

Ikan kedua patin 1.6 kilo
Ikan tu aku bagi Mr Af seekor. Seekor aku bawa balik bagi kat wife aku. Di masak asam & goreng ..