TenTAnG aKU

Monday, February 18, 2013

Saturday, February 9, 2013

mY beAnS mAsUk HosPitaL

Setelah agak lama tertangguh. Aku akhirnya dapat juga menghantar my beans untuk menjalani proses pembedahan dalaman & pembedahan plastik untuk mencantikkan rupanya. Tak lupa juga aku akan menyintik botok jika baget aku mencukupi. My beans aku hantar ke hospital member aku iaitu RASHIDIN AUTO.

Di dalam wad

proses awal pembedahan

pewaris my beans
sedang memikirkan baget..pening..gak...



doktor bedah sedang buat kerja

Dr Rashidin..Owner Rashidin Auto

Tempurung kelapa longgar rupanyer

Tak boleh repair..tukar baru

rupa my beans sedang di bedah

peralatan pembedahan

pankreas tersumbat

Dr Yahya..sedang menyeluk....skru..

Organ dalaman banyak yang dah uzur
Tak sabar nak tunggu my beans berwajah baru..tunggu.....

Friday, February 8, 2013

iKaN BaKaR @ uMbAi

Sempena Cuti Tahun Baru Cina ni aku balik ke Kampung di Johor. Sampai jer di Kampung akak telefon mengajak kami sekeluarga untuk makan ikan bakar di Umbai. Abang Man nak belanja setelah menjadi OKB. Walaupun tengah kepenatan aku gagahkan juga ke Umbai. Yang sebenarnya bukan nak makan sangat . Tapi bagi aku yang penting susah juga nak dapat peluang kami sekeluarga untuk makan bersama-sama.
Sampai disana memang banyak kedai-kedai makan yang semuanya menyajikan menu utama ikan bakar. Kami memilih kedai yang agak dekat dengan pantai.
Akak & Abg Man tengah memilih juadah


 Menu kami malam tu : Siakap masak sweet sour, TomYam seafood, Sup campur, kupang masak sambal, udang & sotong goreng tepung dll. Tak ingatlaa....

Yang kelakarnya, masa akak telefon ajak kami makan tadi dia risau takut mama tak boleh makan ikan bakar sebab tengah muntah-muntah. Tapi sampai kat sana, mama yang makan paling banyak. he he he..

Seronok makan satu keluarga..

 makan...makan...

Ada sikit tak best sebab nasi lemak dapat sikit jer sebab dah abis. Terpaksalah makan dengan nasi putih jer



Semua dah stop makan, mama masih on lagi...



burrrppppp....kenyang ...Alhamdullillah.......