TenTAnG aKU

Sunday, March 3, 2013

ChAni KaHwiN@Kulai

Sepupu aku anak pakcik aku belah bapak aku telah melangsungkan perkahwinannya. Kami sekeluarga telah berkonvoi ke rumah pengantin di Kulai pada 1 Mac 2013 bersamaan hari Jumaat. 5 buah kereta kesemuanya. Setibanya di Kulai kami terus ke rumah kedua Cik Asmuni ( bapa pengantin ) di Bandar Baru Kulai. Kami sampai lebih kurang jam 4.00 ptg




 Sampai di sana kami lepak-lepak jer sambil menunggukan malam kerana Majlis belah perempuan pada malam nanti.




Kancil turbo
 Jam 7.00 petang kami bertolak ke Johor Bahru dimana majlis belah perempuan akan berlangsung. Sampai di sana kami berkumpul di Masjid Sultan Abu Bakar. Indah sungguh Masjid ni. Aku pula agak asing rasanya sebagai anak Johor berada di Masjid Negeri sendiri.


 Setelah menunaikan Sembahyang Maghrib kami bertolak ke Dewan (lupa nama) yang terletak tak jauh dari Masjid Sultan Abu Bakar. Agak formal juga majlis ni. 



 Gambar pengantin tak dapat ambil kerana aku duduk di belakang. Kamera h/p jer yang ada. Tak boleh nak ZOom.
 Gambar bawah : Pandangan hadapan Dewan tempat Majlis berlangsung.

 Setelah selesai majlis kami bertolak balik ke Kulai. Sempat juga kami singgah di Dangga Bay. Sampai-sampai jer Brothers Man belanja kami semua naik keretapi. 




 Anak-anak aku memang happy sangat berada kat tempat tu. Aku pun agak happy memikirkan poket yang akan bocor nie...maklumlah sekali main RM4-RM6 seorang. Aku lak kena kali 3. He he he..Takpalah..sekali sekala.







 Semua mainan diaorang nak naik. Rugi juga aku takda kamera canggih. Harap kamera h/phone jer. Bukan selalu sampai kat Danga Bay ni.


Naik kuda kena ada penjaga.Mama pun tumpang sekaki.


 Nak naik cawan pula diaorang



 Kami sampai di Kulai semula jam 12.00 lebih.
Malam tu sempat lagi aku ngeteh dengan udin kat mamak. Makan lagi maklumlah tadi makan kat Dewan tu ala-ala jer..Formal...

2 Mac 2013 Majlis berlangsung di rumah pengantin lelaki di Felda Bukit Besar, Kulai. Cuaca hari tu memang panas terik. Oleh kerana Majlis haritu katering. Maka kami sekeluarga hanya sibuk melepak & berborak jer..

.Pengantin sampai lebih kurang jam 2 petang.




Sepupu aku-Azirul-Jurugambar Pro..












Utin & Cik Din datang dari Muar





Lebih kurang jam 4.00 ptg kami bertolak balik dari rumah Cik Asmuni. Kami singgah ditempat membeli belah yang popular kat Johor ni iaitu Ayer Hitam.


Jam 6.00 ptg kami bertolak balik ke Muar.

Saturday, February 23, 2013

sAnTai @ PaNtai MoriB

Hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga telah berkesempatan untuk mengunjungi Pantai Morib di Kuala Langat. Lama juga kami tidak  kesana. Sampai jer kat sana, masing-masing posing ambil gambar. 





 Macam-macam ragamlah diaorang ambil gambar. Setelah puas bergambar. Kami mengambil angin laut petang di Pantai Morib. Ni yang dinamakan makan angin kot. Tu yang kami nganga mulut luas-luas ni.

Terlupa bawa layang-layang tadi..tengok jerla...




 Setelah agak kenyang makan angin laut. Kami ke tempat kerang & siput besar tadi. Tak puas lagi rupanya naik kerang & siput besar tadi.

 Lepas tu kami pergi makan kat food court yang berada kat tepi Pantai Morib. Macam-macam kami order walaupun masih kekenyangan makan angin tadi.



Lebih kurang Jam 8.00 malam kami bertolak balik ke Shah Alam.

Friday, February 22, 2013

JohOr DaRuL tAkziM vS FelDa UniteD

Perlawanan yang dilangsungkan pada petang dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Aku pergi dengan Azreel naik motor ke Stadium MBPJ. Memang ramai penyokong southern tiger pada petang tu.





















 Oleh kerana faktor cuaca panas sangat petang tu. Aksi kedua-dua pasukan memang agak kurang menarik. Kesudahannya seri 0-0
Lepas abis game kami berdua pusing-pusing kat gerai menjual jersi. Azreel sambar jersi JDT training. Lepas tu kami lepak-lepak depan pintu utama stadium. Sempat juga kami join ultras JDT ambil gambar dengan pemain JDT.



Shafiq Rahim






keeper-


Coach- Fandi Ahmad
Haden