TenTAnG aKU

Saturday, February 9, 2013

mY beAnS mAsUk HosPitaL

Setelah agak lama tertangguh. Aku akhirnya dapat juga menghantar my beans untuk menjalani proses pembedahan dalaman & pembedahan plastik untuk mencantikkan rupanya. Tak lupa juga aku akan menyintik botok jika baget aku mencukupi. My beans aku hantar ke hospital member aku iaitu RASHIDIN AUTO.

Di dalam wad

proses awal pembedahan

pewaris my beans
sedang memikirkan baget..pening..gak...



doktor bedah sedang buat kerja

Dr Rashidin..Owner Rashidin Auto

Tempurung kelapa longgar rupanyer

Tak boleh repair..tukar baru

rupa my beans sedang di bedah

peralatan pembedahan

pankreas tersumbat

Dr Yahya..sedang menyeluk....skru..

Organ dalaman banyak yang dah uzur
Tak sabar nak tunggu my beans berwajah baru..tunggu.....

Friday, February 8, 2013

iKaN BaKaR @ uMbAi

Sempena Cuti Tahun Baru Cina ni aku balik ke Kampung di Johor. Sampai jer di Kampung akak telefon mengajak kami sekeluarga untuk makan ikan bakar di Umbai. Abang Man nak belanja setelah menjadi OKB. Walaupun tengah kepenatan aku gagahkan juga ke Umbai. Yang sebenarnya bukan nak makan sangat . Tapi bagi aku yang penting susah juga nak dapat peluang kami sekeluarga untuk makan bersama-sama.
Sampai disana memang banyak kedai-kedai makan yang semuanya menyajikan menu utama ikan bakar. Kami memilih kedai yang agak dekat dengan pantai.
Akak & Abg Man tengah memilih juadah


 Menu kami malam tu : Siakap masak sweet sour, TomYam seafood, Sup campur, kupang masak sambal, udang & sotong goreng tepung dll. Tak ingatlaa....

Yang kelakarnya, masa akak telefon ajak kami makan tadi dia risau takut mama tak boleh makan ikan bakar sebab tengah muntah-muntah. Tapi sampai kat sana, mama yang makan paling banyak. he he he..

Seronok makan satu keluarga..

 makan...makan...

Ada sikit tak best sebab nasi lemak dapat sikit jer sebab dah abis. Terpaksalah makan dengan nasi putih jer



Semua dah stop makan, mama masih on lagi...



burrrppppp....kenyang ...Alhamdullillah.......

Monday, January 28, 2013

sAnTai @ paNtAi rEmiS

On The Way balik dari kampung di Trong, Perak . Jem yang agak teruk di sekitar Tanjung Karang. Untuk melepaskan kepenatan menekan klac & masih awal lagi. Aku pun ajak singgah di Pantai Remis. Sambil-sambil bawa mereka ambil angin laut petang. 
Sampai di Pantai Remis memang ramai betul pengunjungnya. Rasa macam kat Teluk Kemang pulak.
Kami terus menuju ke food court untuk mengisi perut yang dah menyanyi. Order nasi goreng udang & kerang bakar. Kerang bakar yang tak tahan tu. RM 7 sepinggan yang hanya boleh buat celah-celah gigi jer.

 Lepas makan anak-anak aku sibuk nak layang-layang. Untuk tidak menghampakan diaorang. Belilah sorang satu.

 Lepas tu kami lepak-lepak jer tepi laut. Nak main layang-layang susah la pulak sebab ramai  sangat orang.


 Sambil lepak , kami makan aiskrim.











Memancing !!!!

Jam 7.15 ptg kami bertolak balik ke Shah Alam.

Sunday, January 27, 2013

MemaNcinG di Kuala TroNg & RasMi mY NeW aBu GaRsIA

Cuti sempena Maulidur Rasul & Thaipusam lalu kami sekeluarga balik ke Kampung my wife di Trong Perak. 5 hari kami di sana.
Sampai kampung aku berjumpa dengan Pak Anjang & Pak Anjang ajak aku memancing di Kuala Trong. Bolehlah aku rasmikan my Abu Garsia.

umpan umpun-umpun banyak nie RM3. Harga kawan-kawan. Harga sebenar RM7


 Time memancing tu hujan turun dengan lebatnya. Sampaikan aku & Pak Anjang terpaksa berteduh dalam kereta
 Bila hujan berhenti kami sambung balik memancing. Jam 6.30 diaorang datang tengok kami mamancing. Habisla bila hero + heroin aku datang. Gamat suasana berebut-rebut nak memancing.





Petang tu agak malang kerana aku hanya dapat memancing dan tak dapat ikan. he he he..Dapat jugalah aku try pancing baru aku...