TenTAnG aKU

Thursday, December 13, 2012

MemanciNg Di pOrt KlaNg ( sTar Cruise)



 Aie telah mengajak aku memancing di port baru di jalan masuk Star Cruise Port Klang. Ok gak tempat tu sebab tak perlu memanjat jambatan. Cuma memancing di tepi laut jer. Oleh keran hujan petang tu kami sampai ke sana agak lambat. Dapat la juga ikan gelama + ikan ......( tak tau nama )


Harimau di pijak GajaH

Sedih nak cerita & tulis sikit-sikit jer. Malaysia gagal ke Akhir AFF Suzuki Cup 2012 apabila tewas 0-2 di Bangkok. Tahniah Thailand sebab menang dengan dibantu oleh pemain ke 12 nya iaitu pengadil dari Korea.
Takpe Harimau Malaya . Cuba lagi lain kali..

Wednesday, December 12, 2012

UntUkMu HaRiMaU MaLAyA

Doa dari seluruh rakyat Malaysia agar dapat menumbangkan Thailand malam ini untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 yang mana pasukan yang telah berjaya ke Perlawanan akhir ialah Singapura yang telah berjaya menewaskan Filifina malam tadi dengan jaringan 1-0 di Stadium Jalan Besar.




Harapan kita semua agar Malaysia akan berjaya ke akhir dan sekaligus berpeluang untuk membalas dendam kekalahan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan tempohari dengan Singapura 0-3.

Ramalan aku Malaysia akan menang malam ini dengan jaringan 2-0 ( Optimis )

Sunday, December 9, 2012

HaRiMaU MalaYA vs GaJaH pErAnG 1

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung perlawanan peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dan Thailand. Aku telah berjaya menjadi salah seorang pemain ke 12 untuk team Malaysia pada hari itu walaupun sewaktu keberangkatan aku ke Stadium hujan lebat. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melihat Harimau menumbangkan sang gajah. 



Setelah perjanjian dengan member aku Azrel untuk berjumpa di Stadium telah tergendala kerana hujan & talian problem di stadium. Maka aku pun layan sorang-sorang . Kerana lambt juga maka terpaksalah aku duduk di tangga sahaja. Tapi puas hati sebab view agak cantik.


Keputusan perlawanan malam tu 
Malaysia 1 - 1  Thailand

Thursday, December 6, 2012

sQuAd HariMAu MaLaYa 2012



inilah barisan kita
inilah pejuang kita
inilah harimau kita

jatuh bangun
susah senang
kalah menang

kami di belakang mu.

mungkin bukan hari ini
mungkin bukan hari esok
mungkin suatu hari nanti

aku nak tengok Malaysia masuk Piala Dunia.
selagi aku masih bernafas
selagi aku masih bernyawa

bukan mudah untuk berjaya
bermula dari hari ini

walaupun aku tak mampu menendang bola 
walaupun aku tak mampu menjadi seperti mereka

hanya aku mampu menyokong
hanya aku mampu bersorak 

untuk mu..........

HARIMAU MALAYA


SELAMANYA..................................................         

Monday, December 3, 2012

roUnd ShAh aLaM

Setelah puas dengan kemenangan Harimau Malaya. Udin & Yahya telah sepakat untuk bermalam di rumah aku. Beberapa rancangan untuk membawa mereka di sekitar Shah Alam.

10.00 pg- Bangun lambat sebab malam tadi tidur lewat & penat ke stadium

10.30 pg- Bersiap-siap & bertolak ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam. Sampai di sana perut lapar. Cari makan dulu. Faris ikut kami sama. Makan kat bazar Char kew tew kerang . Sedap juga RM 4.00 sepinggan. Selesai makan pusing-pusing dalam kepanasan yang telah mentintedkan kulit aku. 




Udin berjaya membeli selipar Nike & pengilat tayar. Manakala Yahya hanya beli pengilat tayar. Yang selebihnya hanya jalan-jalan cari mambang...he he he

12.30 tgh- Bertolak ke Space U8 kerana di sana ada promosi barangan sukan. Aku pernah pegi tempat tu tempohari dengan Mr Af. Kali ni saje jer bawa mereka ke sana manatau ada benda yang mereka berkenan. Tapi sampai di sana tiada apa yang berkenan dihati mereka. Aku pun memang takda niat nak beli apa-apa. Sampai sana aku bawa faris main kat gelongsor belon ( rm5 main sampai puas ) & bawa dia main motor & kereta bateri ( rm5 = 15 minit ).




2.00 ptg-  Bertolak ke Kilang Penzoil Sec 15 Shah Alam kerana ada promosi minyak pelincir & barangan kereta seperti filter, brake pad, absober dan banyak lagi. Memang murah minyak pelincir kat situ terutama jenama Penzoil & Repsol. Udin sebat 3 botol pelincir kereta,1 botol pelincir motor, brake pad & 2 Oil filter. Aku ingat nak cari minyak untuk Bean's. Tapi tak ada . Untuk Livina & Nouvo aku masih setia dengan Castrol. 

3.30 ptg- Udin & Yahya bertolak balik ke Muar. 


Sunday, December 2, 2012

HariMaU vS gaRuda

Pertembungan ibarat hidup dan mati antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia telah berlangsung pada 2 Disember. Pertembungan ini akan menentukan pasukan mana yang layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Malaysia yang turun dengan misi MESTI MENANG  manakala Indonesia hanya perlukan seri untuk layak. Sebagai penyokong tegar Harimau Malaya aku pun dengan bersemangat turun ke stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau. Sebelum ke stadium lagi aku dah dapat menjangka Stadium Nasional akan di penuhi dengan penyokong kedua-dua pasukan . 

Aku gerak dari rumah jam 5.00 ptg. Rancangan awal untuk pergi naik motor terpaksa ditukar dengan menaiki kereta kerana hujan. Walaupun berat juga kerana aku menjangkakan akan jem teruk di stadium nanti. 
Aku set meter dari rumah aku ke stadium= 27 KM sahaja melalui Lebuhraya Kesas

Sepupu aku bernama Udin & member aku bernama Yahya akan menunggu di stadium. Mereka datang dari Johor untuk pergi ke pameran MAHA 2012. Dah alang-alang sampai KL aku pun ajak diaorang ke Stadium. 

Sampai di Stadium memang ramai betul manusia. Tempat jualan tiket pula memang sesak dengan orang yang berebut-rebut untuk membeli tiket sampaikan tak nampak langsung barisan. Sedang aku berkira-kira macam mana nak dapatkan tiket , ada sorang brother offer tiket kat aku. Takut juga kalau tiket palsu. Tapi aku tengok memang sama jer. Lalu aku pun belilah kat dia. Sama harga iaitu RM30.

Tunggu punya tunggu Udin & Yahya tak nampak batang hidung . Bila aku Call tak dapat , SMS tak balas. Oleh kerana ramainya manusia kat stadium tu , maka line telefon pun ikut problem.

Sambil menunggu mereka aku berjalan-jalan ke boot-boot yang banyak di perkarangan stadium. Biasalah banyak boot yang menjual jersi Malaysia apatah lagi jersi baru yang dilancarkan. 





Tapi yang paling pelik kali ni adalah boot Suzuki sebab ada aweks-aweks seksi & motorsikal yang di promosikan. Maklumlah , Suzukikan penaja utama. Sedang aku pusing-pusing tu aku ternampak lagenda bolasepak tanah air iaitu Dollah Salleh yang sedang sibuk mempromosikan barangan dari brand tayar GT Radial. Aku pun mengambil kesempatan untuk ambil autograf & bergambar dengan beliau. 
 

Akhirnya jumpa juga Udin & Yahya di stadium. Tapi sayang tiket dapat dua jer. Yahya pun mengalah sebab dia kata dia nak tengok kat luar jer. Aku pun masuk stadium dengan Udin. Memang sesak dalam Stadium.






   

Barisan utama Harimau Malaya malam tu.

antara aksi
Ultras Malaya ....bangga...
Akhirnya Harimau berjaya membaham sang garuda dengan jaringan 2-0 sekaligus layak ke saingan separuh akhir pada 9 Disember menentang Thailand..Puas hati aku sebab dengan kehadiran aku ke stadium Malaysia menang...ha ha ha....