TenTAnG aKU

Friday, December 28, 2012

BowLinG JaBaTaN 2012

Biro kecergasan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor menganjurkan Pertandingan Bowling antara Seksyen 2012. Pertandingan berlangsung di Pusat Bowling , Kompleks Ole-ole , Shah Alam. Semua seksyen menghantar wakil secara berkumpulan. Seksyen aku menghantar 3 team dan aku adalah salah seorang daripada peserta. Team aku, Afzahari, En Shukor & Nurafidah.
Oleh kerana mama faris tak sihat. Maka aku bawa faris jer untuk memberi sokongan kapada aku & team aku.






 Akhirnya keputusan pertandingan Team Perkhidmatan telah muncul Juara. Team aku tempat ketiga. Individu lelaki dimenangi oleh Kaza dari team P.O Kajang dengan jatuhan tertinggi 231 pin. Individu wanita pula dimanangi oleh Azlina dari team Isirumah dengan jatuhan tertinggi lupa pin.



 Lepas abis....ronda-ronda ole-oleh







Tuesday, December 25, 2012

BesDaY FaRiS + aBaH

Ahmad Faris Irfan telah genap 5 tahun pada 25 Disember 2012. Senang nak ingat besday faris sebab bila krismas jer besday faris. Abah pula 8 Disember lalu yang menyaksikan umur abah 22 tahun ...ops 32 tahun. Untuk tahun ni abah & mama cuma sempat belikan kek & majlis ringkas di rumah akak di Melaka

  Waktu majlis ni berlangsung. Paman & Usu sekeluarga sedang bertandang ke rumah akak sempena hujung cuti sekolah. Biasalah nak shooping kelengkapan anak sekolah katanya. Maklumlah masing-masing tengah masyuk.





Majlis ringkas dengan menyanyikan lagu besday & tiup lilin. Tapi memang kecohlah sebab masing-masing berebut nak tiup lilin & potong kek.










Akhirnya mama kena campur tangan apabila Ultraman dah start bergelut dengan raksaksa..







Mak Long bagi hadiah masa kat kampung. Walaupun besday Faris kenalah bagi tiga-tiga. Kalau tidak melalaklah yang tak dapat. Masing-masing dapat baju sehelai. Yang bestnya adik cakap " Wah !! dapat baju keje opis. Sok adik nak ikut abah pegi opis ".
















 TQ Mak Long....