TenTAnG aKU

Sunday, December 29, 2013

mEmAnCing PulAu Indah

Lokasi : Berdekatan Inai Kiara Sdn Bhd ( Syarikat mambuat kapal ) .

Sewaktu memancing gerimis

Lokasi yang indah tetapi hasil agak sedih..





Friday, April 26, 2013

RomBoNgaN peNghAntarAn

Setelah proses meminang jodoh My beans selesai. Proses penghantarannya pula dari Bukit Beruntung Selangor ke Bukit Gambir Muar Johor. Boleh tahan jauh. Dengan menggunakan lori 1 tan jer.
Pendek cerita akhirnya perjalanan penghantaran yang melalui hujan lebat itu selamat sampai walaupun mengambil masa yang agak lama. Berat beb. 
















My beans sekarang dalam proses mengkahwinkan di Hospitak Rashidin Auto pastinya oleh doktor Rashidin....Tunggu My beans berwajah baru...................nanti.....

Saturday, March 23, 2013

mEminAnG UntUk myBeanS

Setelah di buat kira-kira & sampai dah tak terkira-kira aku & wife aku akhirnya telah membuat keputusan paling berani dalam hidup kami iaitu untuk mengahwinkan my beans untuk memberikan nafasbaru & hidup yang lebih cerah untuk my beans. Risik punya risik kami akhirnya telah jumpa jodoh my beans di Bukit Beruntung..Memang jauh & kalau ikut macam tak logik akhirnya kami jumpa kat sana. Itulah Kuasa internet. Aku telah merisik berpuluh-puluh jodoh untuk my beans ni . Tapi yang ni yang paling aku berkenan. 








Harga hantaran untuk jodoh my beans ni adalah RAHSIA.

Tuesday, March 19, 2013

tAdika FaRis

Hari tu kenapa ntah Faris sibuk nak aku ambik dia kat Tadika. Pagi-pagi lagi bangun tidur dah cakap kat aku suruh ambik dia tengahari nanti . Teringat pula aku dulu masa aku kecil-kecil aku suruh mak aku ambik aku balik sekolah naik motor. Padahal sekolah belakang rumah jer. Malah ada short cut tak sampai 1 minit dah sampai. Puncanya mungkin aku (dulu) & Faris (kini) teringin sebab tengok kawan-kawan di jemput oleh keluarga masing-masing.
Oleh kerana tak mahu menghampakan Hero aku nombor 1 nie. Tengahhari tu aku pun jemputlah dia kat Tadika.
Nilah Tadika Sri Harapan tempat Faris belajar..Bakal Akitek....AMIN....

Saturday, March 16, 2013

SaNtai @ tAsik ShAh aLaM

Petang Sabtu yang lalu aku terasa nak bawa anak-anak aku bersiar-siar tetapi buntu pulak kepala aku nak bawa diaorang kemana. Semua tempat dah biasa bawa mereka. Terlintas pula aku nak bawa mereka naik bot kat Tasik Shah Alam. Memang selalu aku bawa mereka kat Tasik Shah Alam tu . Tapi kali ni lain sikit aku nak bawa mereka naik bot.

 Bayaran dewasa RM 6 kanak-kanak RM4.
 Teruja juga diaorang nak naik bot ni walaupun kejap nak kejap taknak sebab takut. Sampai kat jeti tu diaorang nampak pulak bot kayuh yang macam-macam rupa. Itik pun ada. Naga pun ada. Dah diaorang nak naik yang tu pulak. Lain kali je la...










Seronok juga naik bot kat sini petang-petang.

Saturday, March 9, 2013

JohOr DaruL TakZim vs SelanGor

9 Mac 2013 adalah hari yang aku tunggu-tunggu kerana Johor Darul Takzim fc akan datang ke Shah Alam untuk bertemu dengan gergasi merah --Selangor. Aku dengan semangat ke JOHORan aku telah pergi ke Stadium Shah Alam untuk memberikan sokongan padu kepada team Negeri kelahiranku. LUASKAN KUASAMU JOHOR.......
sebelum masuk stadium--pusing-pusing

Jumpa lak Jepp Sepah..Kulai mari

Lautan Merah Biru


Wajah siapakah ini ? Penyokong yang telah berjaya aku JOHORkan malam tu

Aksi sedang berlangsung

Aku , Zulham , Azreel......Zulham orang Pahang yang telah bejaya aku Johorkan malam tu..



Sayangnya......
 JDT kena baham malam tu dengan Selangor 1-4..
.Sedih....