29 sept 2012 aku bersepakat lagi dengan sahabat aku bernama Ali yang masih tidak berpuas hati kerana mendapat sejumlah 5 ekor gelama jer waktu memancing di bawah jambatan pulau indah yang lalu.
Oleh kerana rancangan untuk membuat kerja lebih masa ( OT ) di opis aku tidak menjadi kenyataan ( kerajaan berjimat ) aku pun ON jer bila Mr Ali ON.
Setelah melihat kedudukan air di internet. Maklumat yang kami dapat pada Sabtu tu air adalah sangat cantik untuk memancing. Kami sepakat untuk kesana awal sikit.
Ali sampai menjemput aku di rumah jam 3.30 petang dengan membawa member lamanya Bro Rashid.
Bro Rashid mencadangkan kami membeli umpan umpun-umpun sarang yang dikatakan lebih diminati oleh ikan gelama, duri & sebagainya.
Kami pun terus menuju ke tempat penjualan umpan itu di Pulau Indah , Kampung Orang Asli. Sampai disana Bro Rashid membeli umpan tersebut RM10.00. Memang banyak juga dapat.
Kemudian kami terus menuju ke Jambatan Pulau Indah. Sampai disana air memang dah naik tinggi. Pemancing juga agak ramai tapi tidak seramai minggu lepas. Setelah usha-usha kami sepakat untuk pergi ke tiang 4 hari ni.
Setelah beberapa ketika memancing Ali yang paling banyak mendapat hasil hari tu. Aku dapat baca kepuasan hatinya membalas dendam kekurangan hasil tempoh hari. Aku hari itu hanya berjaya mendapat seekor jer ikan gelama. Tapi antara yang paling besar hari tu. Banyak yang terlepas bila aku menyentap. Mungkin kerana mata kail yang aku gunakan terlalu besar & tak sesuai untuk memancing gelama.
Jam 7.00 petang member aku nama Aie & sepupu bro Rashid datang join kami.
Jam 8.30 malam aku & Aie pun pulang setelah puas ( boring ) memancing. Ali & Bro Rashid balik jam 10.00 malam
Kali ni hasil yang kami semua dapat agak lumayan.
See you next trip....
Jam 7.00 petang member aku nama Aie & sepupu bro Rashid datang join kami.
Jam 8.30 malam aku & Aie pun pulang setelah puas ( boring ) memancing. Ali & Bro Rashid balik jam 10.00 malam
Kali ni hasil yang kami semua dapat agak lumayan.
See you next trip....
jadilah buat lauk... ratah pun sodap...
ReplyDeletebeberapa minggu ni jadual penuh hujung minggu..bulan depan ler baru leh mancing lagi
ReplyDelete