TenTAnG aKU

Thursday, September 20, 2012

mEmANcInG di JaMbAtAn PuLau iNdAh

17 September lalu adalah cuti am bagi gantian Hari Malaysia yang jatuh pada hari Ahad. Sedang aku lepak-lepak kat rumah sahabat aku Aie mengajak aku pergi memancing untuk mengelakkan kebosanan atau lebih tepat lagi melepaskan gian sebab lebih 2 bulan tak memegang joran. 
Lokasinya adalah di bawah jambatan menghala ke pulau Indah. Kalau ikutkan ini kali ketiga aku memancing disana tetapi kali ini lain sikit kerana kami akan pergi petang. 
Oleh kerana aku telah berjanji untuk membawa anak-anakku jalan-jalan petang tu. Aku pun bawa mereka ke tempat memancing tu. Tapi bukan bawa mereka memancing . Cuma hantar aku ke sana.
Sampai disana tak sangka pula ramai orang pada waktu petang. Sampaikan ada pula yang buka gerai jualan. Sebelum memancing ngeteh dulu..
Anak-anak aku nampak air apa lagi....terus terkam. Nasib baik tak terus terjun...









Memancing petang di tempat ni memang berbaloi. Patutlah ramai pemancing waktu petang. Pantang letak jer kail. Terus ikan sambar. Paling banyak Gelama la..Kalu ikutkan hasil kali ni memang lumayan memang banyak ikan yang kami dapat & banyak yang kami lepaskan semula kerana ikan yang masih remaja. Yang kami bawa balik kalu ikutkan adalah dalam 30 ekor. 
Kesimpulannya kalau nak memancing disini elok petang waktu air sedang pasang.

3 comments:

  1. projek last minit. nak ajak ko jauh. dah beli rod ker. bila ko nak g anytime aku leh jer

    ReplyDelete
  2. bro, nk ngajak turun port ni ari minggu ni mau ka? saya x penah lg try kat sini.. kalau sudi la.. :)

    ReplyDelete