TenTAnG aKU

Thursday, June 28, 2012

mEmAnCinG di gReEnWAy kElOnG pOrt KLaNg

16 JUn 2012 Port Klang -Aku ngan kengkawan aku telah bersepakat untuk memancing di GREEN WAY KELONG yang bertempat di Port Klang. setelah di tunda beberapa kali kerana kesibukkan kengkawan yang lain. Akhirnya projek ini telah berjaya di jalankan juga walaupun last minit 4 pemancing jer yang sempat join program nie..Aku, Aie, Ali & Hashim.
8.00 pagi- Bertolak dari rumah Aie dan singgah kat pasar Meru untuk beli umpan. Ali dah sampai di jeti Pulau Ketam. Kena tunggu kami lah yek .Sumer nie berlaku keran silap information
 8.50 pagi- sampai di Jeti Pulau Ketam.Ali dengan muka rock kapaknyer sedia menunggu ketibaan kami.Dah terlepas feri pertama ke Pulau Ketam jam 8.45 pagi tadi.Terpaksalah tunggu feri kedua jam 9.30 pagi nanti.Oleh itu kiter minum dulu... 























Gambar bawah adalah suasana di Jeti ke Pulau Ketam di Port Klang. Kat Jeti ni pun boleh pegi ke Indonesia.



.











9.30 pagi- Kami menaiki feri dari Jeti Pulau Ketam ke Pulau Ketam. Bayaran hanya RM7.00 sehala. Rasa suasana naik feri ni macam feri Langkawi lak.


















10.00 pagi- Sampai di Jeti Pulau Ketam

Untuk ke Kelong Greenway kami dijemput dengan menaiki bot yang dibawa oleh orang-orang Greenway. Best giler rasa naik bot ni. Rasa macam nelayan laut dalam lak aku.


















10.45 Pagi- Sampai di Greenway Kelong. Bayaran untuk mencing di sini RM20.00 untuk memancing waktu siang. Jika bermalam siap bilik bayaran RM 60.00. Tak sabar rasanya nak ngail ni...wakaka.....

















11.01 pagi- Tangkapan pertama berhasil. Ikan pertama telah dibawa naik oleh Aie..Spesis ikan merah.Wah baru lebih kurang 10 minit kami memancing dah naik sekor.Macam best jer ni.


11.17 pagi- Kami dikejutkan dengan pekikan dari Hashim..Sekali tengok ......Wakaka.....ingatkan kerapu 2 kilo ke yang sangkut kat umpan dia..wakakakaka....Terbuktilah kami memancing di Pulau Ketam..
bangga beb..Orang Melayu pertama memancing dapat ketam

Lepas tu sunyi dan sepi jer....perut lapar bedal jela apa yang kami bawa..roti...kat sini xda jual makanan..kalau nak memasak ada tempat disediakan.Tapi macam xkompiden jer nak masak kat sini .Elok kalau datang lagi bawak makanan siap-siap atau bawak periuk kuali sekali...
Tengahari hujan lebat beb.Adalah dalam 30 minit..best ni. Lepas hujan ikan lapar kot...Agaknyerla...
Muka boring


Info belakang aku ni tempat ternakan ketam





































Boring giler siut bila umpan yang di baling dipandang sepi oleh ikan-ikan kat sini..Agaknyer ikan kat sini xmakan umpan udang, sotong & kembung kot. Kalu aku pakai umpan pizza baru di makan..wakaka...Agak bosan apa lagi aku landing lah kat buaian yang disediakan...Pic lupa nak ambik..syok gak bersantai atas buaian sambil di hembus angin laut nie...















3.37 ptg- Umpan aku mengena...best nyer setelah lama menunggu..waktu menarik joran tu macam besar jer...Tup tup naiklah ikan Duri. Boleh tahanla besarnya..Yahooooo...

3.42 ptg- Aku baling lagi umpan aku kat tempat sama yang aku dapat ikan tadi..Lebih kurang 5 minit menunggu pancing aku bergegar lagi.Wah sangkut lagi. Apa lagi sentap..Aku rasa kali ni lebih besar kot..Kalu x kerapu , siakap ni. tarik punya tarik belukang jer yang naik..Oklah daripada xda...Bila nak dapat Siakap ni....

3.50 ptg- Pancing Aie pulak bergegar . Kali ni mesti siakap nie...kompom...tarik punya tarik ikan duri lagi....emmm...ok laa....



















4.00 ptg- Kami bertolak balik. dari Kelong kami dibawa menaiki Speet bot ( no pic). 

4.15 ptg- Bertolak dari Jeti Pulau Ketam ke Port Klang menaiki feri.

5.00 ptg- Sampai di Jeti Pulau Ketam di Port Klang.kemudian kami sepakat pegi makan. Lapar beb...satu hari xjumpa nasi..Setelah berbincang kami memilih food court di Tanjung Harapan.

6.00 ptg- Kami melawat Kolam memancing Sea Lion.. Lepak jer tengok orang memancing. 3 Jam memancing kat sini RM75.00..Wow....

7.00 ptg- Bertolak balik.

2 comments: