TenTAnG aKU

Friday, October 26, 2012

sAnTAi pETaNg Di tErAtAk sEri

Akhirnya pondok/ wakaf yang aku beri nama teratak seri sudah menampakkan rupanya setelah hampir 4 bulan aku bertungkus lumus untuk membinanya. Oleh kerana kekangan masa & kos, maka projek ini agak perlahan untuk di siapkan. Maklumlah, akitek aku, jurutera aku, kontraktornya aku juga sambil dibantu oleh sepupu aku ijan sikit-sikit.Kalau ikutkan sekarang dah 80 % siap. Tapi dah bolehlah untuk digunakan. Cuma proses terakhir mencantikkan teratak seri ni. 






 Bila teratak seri ni dah boleh duduk-duduk. Maka ramai lah yang nak bersantai kat situ. Mamang best duk kat situ petang-petang sambil makan-makan.

pst : jika teratak ini dah siap sepenuhnya aku akan post semula. 

hArI RayA AidiLAdhA 2012

Hari Raya Aidiladha 2012 kami sekeluarga sambut di kampung aku di Johor. 25/10/2012 petang bertolak balik ke Johor. Kami sekeluarga gerak agak awal untuk mengelakkan traffic jam. Nasib baik tak sangkut walaupun kereta memang banyak sepanjang perjalanan.
 
Aidiladha tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Sampai jer kampung mak & abah aku tengah sibuk masak ketupat. Memang nilah makanan tradisi bila Raya kat tempat aku. Memang best ni sebab Aidilfitri haritu aku tak dapat ketupat ni sebab beraya di Perak.

Pagi Raya tu macam biasalah aku menunaikan Sembahyang Raya di Masjid Al Taqwa Kampung Seri Menanti. Kampung aku la tu...he he he....

Lepas sembahyang raya tu aku terus pergi menolong orang kampung sembelih lembu. Kampung aku tahun ni ada 6 ekor lembu yang akan di KORBAN kan. 
Gambar bawah: Sewaktu menolong memPROSES lembu korban di rumah Atuk Darojah. ( Pangkat Atuk Sedara aku ).











dengan menggunakan pisau dapur potong sayur mak aku, aku BEDAL jer potong @ lapah lembu tu..Aku bukan pandai pun . Baru belajar-belajar. Tengok member-member aku yang menggunakan pisau yang memang khas untuk potong daging, senang jer diaorang menCINCANG lembu tu....

 

Sunday, October 21, 2012

mOtO GP @ SepAnG 2012

 Balik dari Johor untuk temuduga tanah tu aku TER singgap di Litar Sepang untuk menonton aksi perlumbaan paling popular didunia iaitu MOTO GP. Tahun ni memang agak best untuk tengok Moto GP ni sebab ada dua rider dari Malaysia iaitu Zulfahmi Khairuddin yang berlumba sepenuh musim dalam kategori MOTO 3. Pasukan yang diwakilinya ialah Air Asia Ajo Racing. Jentera yang digunakkan ialah KTM. Seorang lagi rider Malaysia ialah Hafizh Shahrin yang merupakan pelumba wild card dalam kategori MOTO 2. Beliau akan menggunakan jentera Yamaha dari pasukan Petronas.
Faktor dua pelumba ni lah yang menjadi tarikan untuk peminat-peminat tempatan datang ke Sepang apatah lagi Zulfahmi memang sedang meningkat giler sekarang ni & sedang mengejar podiumnya yang pertama




 Sebelum race mula sempat juga aku tengok-tengok boot-boot yang sedang melakukan promosi barangan mereka
Memang ramai betul yang datang hari tu walaupun tiket agak mahal . Grandstand RM 140 benbanding tahun 2003 dulu aku pergi grandstand baru RM 30 jer.




Sepanjang race berlangsung diselangi hujan. 
Tahniah Zulfahmi kerana berjaya naik Podium menduduki tempat ke dua MOTO 3. Sikit lagi Juara. Juga pada Hafizh Shahrin dapat tempat keempat walaupun mengejutkan ramai pihak mendahului perlumbaan l6 pusingan. 

















memang puas hati ke Sepang hari tu sebab rider-rider Malaysia memang POWER

MALAYSIA BOLEH !!!!!