TenTAnG aKU

Thursday, May 31, 2012

kEnduRi mEmPEriNgAti pEmerGiAn aTUk






26 mEi 2012 Yang lalu aku balik ke kempung halamanku di Muar Johor. Untuk kali keduanya diadakan kenduri khas untuk atuk-atuk dan mereka yang telah kembali ke Rahmatullah. Tahun lepas majlis ini telah diadakan di rumah persinggahan Wak Mail yang merupakan binaan asal rumah atuk Hj Hamzah & atuk Som. Tahun ini majlis ini telah diadakan di rumah Cik Usop & Cik Eton yang merupakan tapak asal rumah atuk Hj Hamzah & atuk Som. Majlis ini juga di adakan sempena meraikan perkahwinan Amy dan Mieza. Selepas Solat Zohor, Majlis bacaan Yassin oleh kaum wanita kampung Seri Menanti. Jam 5.00 ptg barulah majlis Memperingati ini di mulakan. Majlis ini di ketuai oleh Wak Mail. Beliau telah berkata bahawa majlis ini akan diadakan acara tahunan keluarga selain hari keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri. Sayang nya gambar sewaktu majlis berlangsung aku terlupa nak ambil kerana terlalu sibuk. Juga kenangan manis time itu ialah acara mengangkat & mengalihkan balai besar beramai-ramai..semangat kerjasama yang tinggi....

No comments:

Post a Comment