TenTAnG aKU

Friday, November 30, 2012

SelaMAnYa HaRiMaU mALAya

Seperti yang kita semua tahu. Malaysia telah berjaya mengalahkan Laos 4-1 kelmarin. Esok 29 Nov 2012 Malaysia akan menentang Indonesia untuk penentuan tempat ke Semo Final Piala AFF Suzuki 2012. Aku dengan semangat Harimaunya akan ke Stadium Nasional esok untuk memberi sokongan kepada Malaysia Tanah tumpahnya darahku..




Moga dengan sokongan rakyat Malaysia salah satunya adalah aku. 
Harimau akan baham Garuda 
3-0.

Saturday, November 24, 2012

mEmAnciNg Lagi Di KoLaM SekSyEn 24

Oleh kerana memancing di Kolam Seksyen 24 pada ___ lalu aku cuma dapat 2 ekor je patin & Mr Af dapat HABUK jer ....he he he  jangan marah...Kami sepakat untuk repeat semula pada 23 Nov. Bezanya kali ni kami nak try malam pula. Kalu ikut perancangan kami akan memancing bertiga. Tapi last minit Mr Ali tak dapat join. Takpalah lain kali
Kami check in jam 9.50 malam. 
Dalam keadaan badan aku yang keletihan , aku layan jerla...
Jam 11.00 malam Mad Din & sepupunya datang lepak sampai jam 12 lebih..
Jenuh menunggu seekor pun tak sangkut..Agaknya ikan tidur kot...
Dalam kul 2.30 pagi hujan turun agak lebat. Aku mula dah rasa bosan & penat + ngantuk giler. Dalam tengah-tengah hujan tu pula pancing Mr Af menyangkut. Naik lah ikan Majlis yang saiznya agak besar. Adalah dalam 1 kilo. Pelik juga tak pernak aku tengok ikan majlis besar macam tu.



 Malam tu memang aku frust sebab aku pulak yang dapat HABUK. Tapi time aku memancing tu aku sentiasa memujuk hati aku dengan kata-kata AKU BAYAR UNTUK MEMANCING KAT KOLAM NI UNTUK MEMANCING JER. KALAU DAPAT IKAN TU DAH KIRA BONUS......Ha Ha Ha...

pst : kesimpulan aku sebenarnya , Ikan kat kolam ni memang banyak giler tapi dah terlebih makan sebab berapa banyak umpan-umpan yang pemancing-pemancing dah LEPASKAN  kat dalam kolam tu..

Monday, November 19, 2012

hAzWaN kAwiN

Sepupu belah makcik belah mak aku telah menyahut seruan kejantanannya apabila membuat keputusan tepat untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 21 tahun pada 17 Nov lalu.

16 Nov 2012 malam - kami sekeluarga mengikut rombongan pengantin lelaki akad nikah di rumah pengantin perempuan di Jalan Sungai Sudah, Muar.

















17 Nov 2012  Tengahari - Mengikut rombongan pengantin untuk majlis persandingan. Sampai-sampai di rumah pengantin perempuan, hujan renyai-renyai. Terpaksalah acara perarakan & silat ( boleh tahan ramai yang bersilat haritu ) diadakan juga. Basahlah pengantin tapi tak ada la sampai lenjun.

 Ni pula adalah acara wajib kat rumah pengantin perempuan di Johor. Acara mambayar TOL. Bukan saja highway jer ada tol. Biasanya acara ini diadakan untuk memeriahkan majlis dengan tawar menawar + berbalas pantun. Tapi kat rumah pengantin perempuan ni memang lama giler . Susah betul pengantin nak lepas ke pelamin. Sampaikan ada 3 sekatan. Last sekali sekatan tentulah di pelamin. Mak andam yang cun tu pulak demand lebih. Maka makin lambatlah pengantin nak duduk bersanding.Dahlah baju basah. Akhirnya pengantin lelaki meRAMPAS duit tol pada pengapitnya & terus bagi semua kat mak andam.Memang kelakar. Nah ambik kau!!!..bagi aku duduk.


Akhirnya bersanding juga pengantin ...Hazwan & Fatin
 

Tuesday, November 13, 2012

mAnDi KoLaM

Sewaktu aku pergi ke majlis Lan di Melaka . Mak , Wany & Eryna ikut kami balik ke Shah Alam. Sudah agak lama juga mereka tidak ke rumah aku.
Mengikut perancangan mereka akan berada di rumah kami 4 hari 3 malam kerana pada Rabu kami semua akan balik ke Muar untuk majlis kenduri kawin Hazwan pula.
Biasalah kalau saudara mara( anak buah )datang kerumah aku ni dah tentu tujuan utamanya mandi kolam. tak sabar-sabar. Wany & Eryna terutamanya. Anak-anak aku pun kalau tak ada orang datang rumah susah juga nak mandi kolam ( abah malas nak bawa ) .





































 Hari selasa aku cuti Deepavali aku ingat nak bawa diaorang jalan-jalan Pantai Morib. Bila tanya tak nak ..NAK MANDI KOLAM.....