Oleh kerana memancing di
Kolam Seksyen 24 pada ___ lalu aku cuma dapat 2 ekor je patin & Mr
Af dapat HABUK jer ....he he he jangan marah...Kami sepakat untuk
repeat semula pada 23 Nov. Bezanya kali ni kami nak try malam pula. Kalu
ikut perancangan kami akan memancing bertiga. Tapi last minit Mr Ali
tak dapat join. Takpalah lain kali
Kami check in jam 9.50 malam.
Dalam keadaan badan aku yang keletihan , aku layan jerla...
Jam 11.00 malam Mad Din & sepupunya datang lepak sampai jam 12 lebih..
Jenuh menunggu seekor pun tak sangkut..Agaknya ikan tidur kot...
Dalam kul 2.30 pagi hujan turun agak lebat. Aku mula dah rasa bosan & penat + ngantuk giler.
Dalam tengah-tengah hujan tu pula pancing Mr Af menyangkut. Naik lah
ikan Majlis yang saiznya agak besar. Adalah dalam 1 kilo. Pelik juga tak
pernak aku tengok ikan majlis besar macam tu.
Malam tu memang aku frust sebab aku pulak yang dapat HABUK. Tapi time aku memancing tu aku sentiasa memujuk hati aku dengan kata-kata AKU BAYAR UNTUK MEMANCING KAT KOLAM NI UNTUK MEMANCING JER. KALAU DAPAT IKAN TU DAH KIRA BONUS......Ha Ha Ha...
pst : kesimpulan aku sebenarnya , Ikan kat kolam ni memang banyak giler tapi dah terlebih makan sebab berapa banyak umpan-umpan yang pemancing-pemancing dah LEPASKAN kat dalam kolam tu..
lohhh...nasib baik tak follow...huhu
ReplyDeletesebab mr ali tiada lah ikan x mau makan..ha ha ha
ReplyDelete