TenTAnG aKU

Sunday, March 3, 2013

ChAni KaHwiN@Kulai

Sepupu aku anak pakcik aku belah bapak aku telah melangsungkan perkahwinannya. Kami sekeluarga telah berkonvoi ke rumah pengantin di Kulai pada 1 Mac 2013 bersamaan hari Jumaat. 5 buah kereta kesemuanya. Setibanya di Kulai kami terus ke rumah kedua Cik Asmuni ( bapa pengantin ) di Bandar Baru Kulai. Kami sampai lebih kurang jam 4.00 ptg




 Sampai di sana kami lepak-lepak jer sambil menunggukan malam kerana Majlis belah perempuan pada malam nanti.




Kancil turbo
 Jam 7.00 petang kami bertolak ke Johor Bahru dimana majlis belah perempuan akan berlangsung. Sampai di sana kami berkumpul di Masjid Sultan Abu Bakar. Indah sungguh Masjid ni. Aku pula agak asing rasanya sebagai anak Johor berada di Masjid Negeri sendiri.


 Setelah menunaikan Sembahyang Maghrib kami bertolak ke Dewan (lupa nama) yang terletak tak jauh dari Masjid Sultan Abu Bakar. Agak formal juga majlis ni. 



 Gambar pengantin tak dapat ambil kerana aku duduk di belakang. Kamera h/p jer yang ada. Tak boleh nak ZOom.
 Gambar bawah : Pandangan hadapan Dewan tempat Majlis berlangsung.

 Setelah selesai majlis kami bertolak balik ke Kulai. Sempat juga kami singgah di Dangga Bay. Sampai-sampai jer Brothers Man belanja kami semua naik keretapi. 




 Anak-anak aku memang happy sangat berada kat tempat tu. Aku pun agak happy memikirkan poket yang akan bocor nie...maklumlah sekali main RM4-RM6 seorang. Aku lak kena kali 3. He he he..Takpalah..sekali sekala.







 Semua mainan diaorang nak naik. Rugi juga aku takda kamera canggih. Harap kamera h/phone jer. Bukan selalu sampai kat Danga Bay ni.


Naik kuda kena ada penjaga.Mama pun tumpang sekaki.


 Nak naik cawan pula diaorang



 Kami sampai di Kulai semula jam 12.00 lebih.
Malam tu sempat lagi aku ngeteh dengan udin kat mamak. Makan lagi maklumlah tadi makan kat Dewan tu ala-ala jer..Formal...

2 Mac 2013 Majlis berlangsung di rumah pengantin lelaki di Felda Bukit Besar, Kulai. Cuaca hari tu memang panas terik. Oleh kerana Majlis haritu katering. Maka kami sekeluarga hanya sibuk melepak & berborak jer..

.Pengantin sampai lebih kurang jam 2 petang.




Sepupu aku-Azirul-Jurugambar Pro..












Utin & Cik Din datang dari Muar





Lebih kurang jam 4.00 ptg kami bertolak balik dari rumah Cik Asmuni. Kami singgah ditempat membeli belah yang popular kat Johor ni iaitu Ayer Hitam.


Jam 6.00 ptg kami bertolak balik ke Muar.

No comments:

Post a Comment