Sempena Cuti Tahun Baru Cina ni aku balik ke Kampung di Johor. Sampai jer di Kampung akak telefon mengajak kami sekeluarga untuk makan ikan bakar di Umbai. Abang Man nak belanja setelah menjadi OKB. Walaupun tengah kepenatan aku gagahkan juga ke Umbai. Yang sebenarnya bukan nak makan sangat . Tapi bagi aku yang penting susah juga nak dapat peluang kami sekeluarga untuk makan bersama-sama.
Sampai disana memang banyak kedai-kedai makan yang semuanya menyajikan menu utama ikan bakar. Kami memilih kedai yang agak dekat dengan pantai.
Akak & Abg Man tengah memilih juadah |
Menu kami malam tu : Siakap masak sweet sour, TomYam seafood, Sup campur, kupang masak sambal, udang & sotong goreng tepung dll. Tak ingatlaa....
Yang kelakarnya, masa akak telefon ajak kami makan tadi dia risau takut mama tak boleh makan ikan bakar sebab tengah muntah-muntah. Tapi sampai kat sana, mama yang makan paling banyak. he he he..
Seronok makan satu keluarga..
makan...makan...
Ada sikit tak best sebab nasi lemak dapat sikit jer sebab dah abis. Terpaksalah makan dengan nasi putih jer
Semua dah stop makan, mama masih on lagi... |
burrrppppp....kenyang ...Alhamdullillah.......
brpa bulan dah bini ko? btul ke nk follow aku camping? psl 6-7 april ni nk cmping lg kt sg chilling, kkb... kemudahan kt cmpsite smua lengkap ada tandas n surau...
ReplyDeletesapa lagi join . macam best jer ..aku nak join..
ReplyDeleteada 2-3 family kwn lama aku kot.. xyah ramai2 sgt nnti pening, apa2hal nnti aku confirm...
ReplyDelete