TenTAnG aKU

Tuesday, January 22, 2013

JoHoR dArUL tAkZiM Vs pKnS fC

Perlawanan yang memang aku tunggu-tunggu kerana ni pertama kali aku nak tengok team Johor Darul Takzim ni secara live. Dengan semangat Johorian yang ada aku pun pergi ke Stadium Shah Alam. Member aku Azreel datang lewat sedikit. 
Sampai di Stadium aku agak terkejut melihatkan ramai juga penyokong Johor yang hadir. 



Maklumlah tahun lepas team-team dari Johor agak slow. Boleh dikira dengan jari penyokong yang datang.
Sedang aku menunggu game mula. Terlihat kelibat Tengku Mahkota Johor. Memang ramai yang serbu untuk bersalaman. Yang tak dapat bersalam cuma bertepuk tangan tanda sokongan kepada Tengku kerana berjaya mengembalikan semula kegemilangan Bolasepak Negeri Johor.
gambar ni jer la yang aku mampu tangkap
10 Minit game berlangsung baru Azreel sampai. 

 KEPUTUSAN PERLAWANAN
JDT 2 - 0 PKNS 
 
Oleh kerana aku belum beli Jersi Johor Darul Takzim. Malam tu aku pakai jersi Johor f.c tahun lepas punya. Kali ni baru aku beli jersi + topi & lekat terus nombor bertuah aku.




No comments:

Post a Comment