TenTAnG aKU

Sunday, December 23, 2012

bEsDaY aTuK 2012

02 Januari 1912 adalah tarikh lahir Atuk seperti yang tertulis di dalam ic. Bermakna 2 Januari 2013 genaplah umur atuk 101 tahun. Tapi mengikut kiraan mak umur sebenar atuk ialah sekitar 90an. Zaman dahulu tarikh lahir hanya main tulis jer kerana nak adjust umur untuk layak menerima beras..??
Tak kisahlah berapa umur sebenar atuk yang penting atuk masih sihat & gagah sebab masih boleh bawa motor & masih mencari teman hidup sehingga kini.
Sempena ulang tahun atuk tu kami sekeluarga telah bersepakat untuk menyambutnya dengan membuat majlis ringkas keluarga di rumah atuk. Kalau ikutkan ni adalah kali kedua kami buat majlis sebegini.Kali pertama tahun 2010 dulu. Cuma kali ni kami sepakat untuk menjemput Ayah Uda ( panggilan adik ke 3 mak ) yang tinggal di Kota Tinggi untuk turut serta. Juga kami menjemput Pak Ngah yang tinggal di Lenga. Selain itu juga jemput Latif, Ijan & Cik Eton sekeluarga.
 
Selain menyambut besday atuk , Tujuan lain adalah untuk kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai di rumah atuk. Susah juga nak berkumpul satu keluarga. Maklumlah masing-masing sibuk. Raya pun susah nak kumpul sekali. Bila yang ni balik , yang ni nak ke rumah mertua. Macam tu lah..






































































































Penganjuran kali ini di anggap berjaya kerana pertambahan penyertaan ahli keluarga yang hadir. Majlis seperti ini akan dijadikan acara tahunan. Diharap tahun depan akan lebih meriah lagi.

No comments:

Post a Comment