Setelah puas dengan kemenangan Harimau Malaya. Udin & Yahya telah sepakat untuk bermalam di rumah aku. Beberapa rancangan untuk membawa mereka di sekitar Shah Alam.
10.00 pg- Bangun lambat sebab malam tadi tidur lewat & penat ke stadium
10.30 pg- Bersiap-siap & bertolak ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam. Sampai di sana perut lapar. Cari makan dulu. Faris ikut kami sama. Makan kat bazar Char kew tew kerang . Sedap juga RM 4.00 sepinggan. Selesai makan pusing-pusing dalam kepanasan yang telah mentintedkan kulit aku.
Udin berjaya membeli selipar Nike & pengilat tayar. Manakala Yahya hanya beli pengilat tayar. Yang selebihnya hanya jalan-jalan cari mambang...he he he
Udin berjaya membeli selipar Nike & pengilat tayar. Manakala Yahya hanya beli pengilat tayar. Yang selebihnya hanya jalan-jalan cari mambang...he he he
12.30 tgh- Bertolak ke Space U8 kerana di sana ada promosi barangan sukan. Aku pernah pegi tempat tu tempohari dengan Mr Af. Kali ni saje jer bawa mereka ke sana manatau ada benda yang mereka berkenan. Tapi sampai di sana tiada apa yang berkenan dihati mereka. Aku pun memang takda niat nak beli apa-apa. Sampai sana aku bawa faris main kat gelongsor belon ( rm5 main sampai puas ) & bawa dia main motor & kereta bateri ( rm5 = 15 minit ).
2.00 ptg- Bertolak ke Kilang Penzoil Sec 15 Shah Alam kerana ada promosi minyak pelincir & barangan kereta seperti filter, brake pad, absober dan banyak lagi. Memang murah minyak pelincir kat situ terutama jenama Penzoil & Repsol. Udin sebat 3 botol pelincir kereta,1 botol pelincir motor, brake pad & 2 Oil filter. Aku ingat nak cari minyak untuk Bean's. Tapi tak ada . Untuk Livina & Nouvo aku masih setia dengan Castrol.
3.30 ptg- Udin & Yahya bertolak balik ke Muar.
No comments:
Post a Comment