13 Disember 2012- Bertolak balik ke Trong Taiping petang Khamis.
14 Disember 2012- Pagi basuh kereta ( pun nak cerita )
Petang setelah menunaikan sembahyang Jumaat bertolak ke Perlis jam 3.00 ptg. Dalam perjalanan hujan yang agak lebat. Sampai di Perlis lebih kurang jam 7.30 petang terus menuju ke rumah Pak Alang ( rumah pengantin )
Malam bertolak ke rumah Tok Chik di Bandar Kangar. Bermalam di sana ( Home stay )
Jam 10.00 malam aku ingat nak pusing-pusing Bandar Kangar . Tapi masing-masing dah penat. Adik & baby pun dah tidur. Aku pun bawa Faris jer pergi ngeteh kat depan rumah Tok Chik. Ramai juga yang sedang mengeteh sambil layan Maharaja Lawak.
Kelakar juga tengok Faris walaupun mata dah mengantuk tapi sebab nak jalan-jalan masih menahan mata. Order nasi goreng udang & milo ais.
15 Disember 2012 - Majlis perkahwinan anak Pak Alang berlangsung. Oleh kerana Sajian secara Bufet. Maka aku pun datang makan jer laa. Ingatkan nak rewang. he he he.
Sepanjang hari kami di rumah Pak Alang. Bila bosan jer aku bawa Faris & Adik ke Taman mainan depan rumah Pak Alang tu. Siap ada sungai Perlis lagi. Kalau tau aku bawa pancing..
Kami berada di rumah Pak Alang sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Bila Faris dah mengamuk sebab penat & mengantuk, Kami bertolak pulang semula ke rumah Tok Chik & home stay.
Malam tu aku berborak panjang dengan Tok Chik & anak dia ( Pak Long ) Banyak juga info tentang Negeri Perlis + Thailand + cerita pasal bola sepak.
16 Disember 2012-Pagi-pagi lagi dah bangun kerana banyak plan yang dirancang. Jam 9.00 pagi bertolak ke Padang Besar. Seronok beb sebab aku tak pernah sampai kat sana.
Sampai di sana banyak lagi kedai yang belum buka. Pusing-pusing jer la kedai yang buka awal.
Teruja aku tengok motorsikal yang no.plate Thailand. Bukan tak pernah tengok. Tapi kat sana banyak.
Motor ni jenis Honda beb. Kat Malaysia takda jual...Comel.....
Sempat juga aku beli ole-ole kat sini. Beberapa jenis makanan yang pelik-pelik & sambar sehelai jersi Malaysia versi ciplak Thailand
11.00 pagi kami bertolak ke Pasar Wan Kelian. Dengarnya barang di sana lebih murah.
Sampai di sana. Orang dah mula balik. Biasanya orang akan datang sini awal pagi. Memang kereta berderet-deret datangnya dari seluruh semenanjung. Tengok no.plate dah tau dah. Lagi la cuti sekolah..
Pasar Wan Kelian ni hanya buka pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Yang bestnya pasar ni separuh Malaysia & separuh Thailand. Maknanya aku akan keluar negaralah.. he he he...Maklumlah akukan tak pernah keluar dari Malaysia.
Berdebar-debar juga rasa bila menjejakkan kaki di bumi Thailand..Maklumlah tak ada pasport pulak tu..he he he...sebenarnya tak perlu pasport. cuma boleh masuk dalam lingkungan 2 kilometer jer
Pasar Wan Kelian yang berada di Thailand panjangnya lebih kurang 2 batu. Tak larat la kami nak jalan sejauh tu. Kebanyakan barangan yang di jual di sini adalah barangan dapur seperti kuali , periuk dsb. Basikal, makanan, pakaian pun ada. Aku hanya beli makanan & bakul baju. Jam 2.00 ptg kami bertolak semula ke homestay. Hujan agak lebat time tu.
Setelah berehat & makan di rumah Tok Chik kami bertolak balik ke Trong.
17 Disember 2012- Bertolak balik ke Shah Alam. Singgah Teluk Intan hantar kakak & ambil kembar bawa balik Shah Alam
Jam 10.00 malam aku ingat nak pusing-pusing Bandar Kangar . Tapi masing-masing dah penat. Adik & baby pun dah tidur. Aku pun bawa Faris jer pergi ngeteh kat depan rumah Tok Chik. Ramai juga yang sedang mengeteh sambil layan Maharaja Lawak.
Kelakar juga tengok Faris walaupun mata dah mengantuk tapi sebab nak jalan-jalan masih menahan mata. Order nasi goreng udang & milo ais.
Bangunan ni terletaknya Jab. Perangkaan Neg Perlis |
15 Disember 2012 - Majlis perkahwinan anak Pak Alang berlangsung. Oleh kerana Sajian secara Bufet. Maka aku pun datang makan jer laa. Ingatkan nak rewang. he he he.
Sepanjang hari kami di rumah Pak Alang. Bila bosan jer aku bawa Faris & Adik ke Taman mainan depan rumah Pak Alang tu. Siap ada sungai Perlis lagi. Kalau tau aku bawa pancing..
Kami berada di rumah Pak Alang sampai lebih kurang jam 8.30 malam. Bila Faris dah mengamuk sebab penat & mengantuk, Kami bertolak pulang semula ke rumah Tok Chik & home stay.
Malam tu aku berborak panjang dengan Tok Chik & anak dia ( Pak Long ) Banyak juga info tentang Negeri Perlis + Thailand + cerita pasal bola sepak.
16 Disember 2012-Pagi-pagi lagi dah bangun kerana banyak plan yang dirancang. Jam 9.00 pagi bertolak ke Padang Besar. Seronok beb sebab aku tak pernah sampai kat sana.
Sampai di sana banyak lagi kedai yang belum buka. Pusing-pusing jer la kedai yang buka awal.
Teruja aku tengok motorsikal yang no.plate Thailand. Bukan tak pernah tengok. Tapi kat sana banyak.
Motor ni jenis Honda beb. Kat Malaysia takda jual...Comel.....
Sempat juga aku beli ole-ole kat sini. Beberapa jenis makanan yang pelik-pelik & sambar sehelai jersi Malaysia versi ciplak Thailand
11.00 pagi kami bertolak ke Pasar Wan Kelian. Dengarnya barang di sana lebih murah.
Sampai di sana. Orang dah mula balik. Biasanya orang akan datang sini awal pagi. Memang kereta berderet-deret datangnya dari seluruh semenanjung. Tengok no.plate dah tau dah. Lagi la cuti sekolah..
Pasar Wan Kelian ni hanya buka pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Yang bestnya pasar ni separuh Malaysia & separuh Thailand. Maknanya aku akan keluar negaralah.. he he he...Maklumlah akukan tak pernah keluar dari Malaysia.
Berdebar-debar juga rasa bila menjejakkan kaki di bumi Thailand..Maklumlah tak ada pasport pulak tu..he he he...sebenarnya tak perlu pasport. cuma boleh masuk dalam lingkungan 2 kilometer jer
Polis Thailand...Takut....... |
unik...tiada di Malaysia |
Setelah berehat & makan di rumah Tok Chik kami bertolak balik ke Trong.
17 Disember 2012- Bertolak balik ke Shah Alam. Singgah Teluk Intan hantar kakak & ambil kembar bawa balik Shah Alam
jakunnya ko dpt msuk siam... mcm aku jugak daa...
ReplyDeletetu laa..tak pernah keluar malaysia..rasa melancong keluar negara lak...walaupun satu kilometer..tapi bila orang tanya aku dah boleh cakap aku pernah pergi thailand...wakakakaka...
ReplyDelete