TenTAnG aKU

Sunday, December 2, 2012

HariMaU vS gaRuda

Pertembungan ibarat hidup dan mati antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia telah berlangsung pada 2 Disember. Pertembungan ini akan menentukan pasukan mana yang layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Malaysia yang turun dengan misi MESTI MENANG  manakala Indonesia hanya perlukan seri untuk layak. Sebagai penyokong tegar Harimau Malaya aku pun dengan bersemangat turun ke stadium untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau. Sebelum ke stadium lagi aku dah dapat menjangka Stadium Nasional akan di penuhi dengan penyokong kedua-dua pasukan . 

Aku gerak dari rumah jam 5.00 ptg. Rancangan awal untuk pergi naik motor terpaksa ditukar dengan menaiki kereta kerana hujan. Walaupun berat juga kerana aku menjangkakan akan jem teruk di stadium nanti. 
Aku set meter dari rumah aku ke stadium= 27 KM sahaja melalui Lebuhraya Kesas

Sepupu aku bernama Udin & member aku bernama Yahya akan menunggu di stadium. Mereka datang dari Johor untuk pergi ke pameran MAHA 2012. Dah alang-alang sampai KL aku pun ajak diaorang ke Stadium. 

Sampai di Stadium memang ramai betul manusia. Tempat jualan tiket pula memang sesak dengan orang yang berebut-rebut untuk membeli tiket sampaikan tak nampak langsung barisan. Sedang aku berkira-kira macam mana nak dapatkan tiket , ada sorang brother offer tiket kat aku. Takut juga kalau tiket palsu. Tapi aku tengok memang sama jer. Lalu aku pun belilah kat dia. Sama harga iaitu RM30.

Tunggu punya tunggu Udin & Yahya tak nampak batang hidung . Bila aku Call tak dapat , SMS tak balas. Oleh kerana ramainya manusia kat stadium tu , maka line telefon pun ikut problem.

Sambil menunggu mereka aku berjalan-jalan ke boot-boot yang banyak di perkarangan stadium. Biasalah banyak boot yang menjual jersi Malaysia apatah lagi jersi baru yang dilancarkan. 





Tapi yang paling pelik kali ni adalah boot Suzuki sebab ada aweks-aweks seksi & motorsikal yang di promosikan. Maklumlah , Suzukikan penaja utama. Sedang aku pusing-pusing tu aku ternampak lagenda bolasepak tanah air iaitu Dollah Salleh yang sedang sibuk mempromosikan barangan dari brand tayar GT Radial. Aku pun mengambil kesempatan untuk ambil autograf & bergambar dengan beliau. 
 

Akhirnya jumpa juga Udin & Yahya di stadium. Tapi sayang tiket dapat dua jer. Yahya pun mengalah sebab dia kata dia nak tengok kat luar jer. Aku pun masuk stadium dengan Udin. Memang sesak dalam Stadium.






   

Barisan utama Harimau Malaya malam tu.

antara aksi
Ultras Malaya ....bangga...
Akhirnya Harimau berjaya membaham sang garuda dengan jaringan 2-0 sekaligus layak ke saingan separuh akhir pada 9 Disember menentang Thailand..Puas hati aku sebab dengan kehadiran aku ke stadium Malaysia menang...ha ha ha....


No comments:

Post a Comment