Akhirnya pondok/ wakaf yang aku beri nama teratak seri sudah menampakkan rupanya setelah hampir 4 bulan aku bertungkus lumus untuk membinanya. Oleh kerana kekangan masa & kos, maka projek ini agak perlahan untuk di siapkan. Maklumlah, akitek aku, jurutera aku, kontraktornya aku juga sambil dibantu oleh sepupu aku ijan sikit-sikit.Kalau ikutkan sekarang dah 80 % siap. Tapi dah bolehlah untuk digunakan. Cuma proses terakhir mencantikkan teratak seri ni.
Bila teratak seri ni dah boleh duduk-duduk. Maka ramai lah yang nak bersantai kat situ. Mamang best duk kat situ petang-petang sambil makan-makan.
pst : jika teratak ini dah siap sepenuhnya aku akan post semula.
No comments:
Post a Comment