TenTAnG aKU

Monday, October 15, 2012

kErang PAnTai RemiS

Aku membuat kerja luar Pungutan Harga Pengguna di Kuala Selangor. Setelah selesai membuat kerja ,dalam perjalanan balik aku tergerak hati untuk singgah makan di Pantai Remis. Sebenarnya selalu juga aku pergi ke Pantai ni. Cuma dah agak lama aku tidak menikmati angin laut di Pantai Remis ni.
Setelah memilih warung yang strategik aku pun order nasi goreng udang. Memang sedap kerana dapat udang-udang yang besar & fresh




Sedang aku makan-makan terlihat seorang pakcik sedang mencari-cari sesuatu di tepi pantai yang airnya sedang surut.
Memang tempat ni terkenal dengan hasil pantainya seperti remis( sebab tu namanya pantai Remis ) , kerang, mentarang dan banyak lagi

Rupa-rupanya pakcik tu sedang mencari kerang.
Banyak juga hasilnya.
Memang saiz kerang tu XL. Bila aku tanya berapa harganya sekilo RM 3.00.
mentarang

kerang


Aku pun belilah sekilo jer untuk Rasa

Balik kerumah aku BAKAR jer kerang tu sebab aku lebih suka kerang bakar dari di rebus.
Tapi kali ni bakar dalam kuali jer..
Memang agak sukar untuk bagi kerang ni kering sebab saiznya yang XL


Bila dah kering & masak apa lagi ....ngaplah....memang SEDAPPP.............

No comments:

Post a Comment