Akhirnya permohonan tanah aku telah diterima. Tapi bukan kompom dapat cuma diterima & kena menjalani proses seterusnya iaitu temuduga. Surat sampai di rumah aku di Kampung di Johor.
Minggu tarikh aku kena temuduga itu telah dirancang untuk kami sekeluarga balik ke Perak kerana ada kenduri di sana.
Nak buat macam mana terpaksalah pecah dua. Aku balik Johor seorang naik motor & wife aku balik Perak dengan anak-anak naik kereta
Pagi-pagi Jumaat tu aku sampai ke Tangkak dengan mak aku naik kereta sepupu aku Udin. Mak aku pun dapat tawaran temuduga tu.
Beginilah suasana di pusat temuduga tu. Memang ramai betul. Maklumat yang aku dapat keluasan tanah yang dipohon tu 500 ekar . Tapi yang memohonnya dalam 4000 orang. Cuma bezanya aku memohon secara kelompok. Boleh dikatakan peluang untuk dapat tu lebih besar.
Bayangkan aku sampai sana jam 9.00 pagi ..pendek cerita selesai temuduga 12.30 tghari. 3 Jam 30 minit menunggu.
Gambar bawah: Suasana di rumah aku di Johor yang hari-hari hujan. Musim hujan yang boleh menyebabkan banjir lagi di Johor.
No comments:
Post a Comment