TenTAnG aKU

Saturday, December 29, 2012

SanTai jEtI KeLonG TeLok GonG

Petang Sabtu lalu kami sekeluarga telah pusing-pusing ke Telok Gong. Lokasi dipilih kerana dah tak ada idea nak pergi mana untuk kami beriadah. Boleh dikatakan semua tempat di sekitar Shah Alam ni dah bosan nak pergi. My Wife pun dah ok sikit kesihatannya. Jadi aku bawalah untuk ambil angin petang-petang. Pusing-pusing Telok Gong ni tak ada apa pun. Cuma kilang-kilang yang diselang selikan dengan rumah. Paling ramai aku dapat tengok adalah mat-mat bangla yang kebetulan pada hari tu ada pasar malam. memang meriah. Teringat aku pula nak pergi ke Jeti yang dikatakan tempat orang naik bot untuk ke kelong disekitar Port Klang. Cari punya cari akhirnya jumpa. Tu pun atas bantuan seorang penduduk kampung yang sanggup menunjukkan jalan. Aku follow jer dia dari belakang.








Ni rupanya jetinya. Tapi kami lepak kat situ tak lama. Sampai-sampai jer adik cakap dia nak uk..uk...( paham-paham jer la). Kelam kabut kami masuk kereta nak cari tandas....emmmm....

2 comments:

  1. takkan dtg lepak je... bila la dpt mncing sini... awal thn ni sibuk ngurus ank skolah

    ReplyDelete
  2. tengah set time mancing kelong sini. tunggu.........

    ReplyDelete