TenTAnG aKU

Tuesday, August 28, 2012

hAri RaYa @ tAiPiNg=29 ramadhan

16 ogos 2012 kami bertolak balik kampung di Trong Taiping. Otw abah sakit gigi yang teramat sangat. emm..time nilah nak sakit. tidak tahan sakit , singgah kat klinik di Sungai Basar. Doktor check & bagi ubat. Tapi xbolehla makan ubat tu dulu sebab puasa. terpaksalah abah tahan sepanjang perjalanan.Tiba di Trong abah kepenatan bawa kereta & menahan sakit. Plan asal sampai nak terus pasang pelita terbantut. Abah terus landing.

                                          29 Ramadhan 
Hari nie sibuk untuk buat persiapan menyambut Hari Raya yang dijangka esok. Aku telah ditugaskan untuk membakar lemang. Wakakaka. Macammana yek nak jadi pembakar lemang yang baik..Untuk memastikan lemang tidak menjadi arang. Walaupun telah beberapa kali aku berpengalaman memBAKO. Tunjuk ajar dari Tok cara-cara memBAKO & jaga api supaya xrentung.
 
















Setelah diperkenankan oleh Duli-Duli yang Maha Mulia, Raja-Raja. Maka dengan ini Saya sebagai Penyimpan Mohon di Raja. Mengumumkan ,Tarikh Hari Raya Puasa jatuh pada 18 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433.

              ye ye esok raya.........ye ye esok raya....
Jom main bunge api....yeeee..............yeeee........







dulu syok main bunga api sendiri jer. Raya xda makna kalau xada bunga api & mersun + pelita. sekarang main bunga api ngan anak-anak ku...bukan se ronok tapi dua tiga ronok.....beb...





















            

Thursday, August 16, 2012

bALik KamPuNg raYa

Oh oh Oh balik kampung.....oh Oh oh balik kampung...hati girang...
Hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang merancang untuk balik ke kekampung masing-masing termasuk aku. Walaupun ada yang telah bertolak semalam atau lebih awal lagi. Aku TERpaksa balik lewat sikit kerana tugas yang perlu di laksanakan !!!. Sejak semalam lagi aku @ wife sibuk mengemas, membungkus, mempacking dan sebagainya. Sampaikan buat berkali-kali untuk memastikan xada benda yang tertinggal. 
Kalau ikut kiraan aku , cukup dah semua persiapan untuk menyambut Raya tahun ni. Banyak lagi kalu ikut nafsu. Ukur baju badah sendirilah. Beli ikut kemampuan. Yang paling penting anak-anak-anak aku termasuk mamanya dapat apa yang sepatutnya. Baju baru, seluar baru, kasut baru, songkok baru, tudung baru dan banyak lagi lah. 
Abahnya dapat tengok mereka gembira cukuplah. 
Raya tahun ni kami sekeluarga akan balik ke kampung wife di Trong, Taiping, Perak. 
Masjid Trong

Pekan Trong
Bagi aku ini kali ketiga aku beraya di Perak @ lebih tepat lagi kampung selain kampungku di Johor. Beza yang paling ketara antara dua benua ini ialah di Johor makanan tradisi Rayanya ialah ketupat.


 Di Perak pula makanan tradisi Rayanya ialah Lemang.


 Mula-mula tu aku rasa janggal juga bila raya xbuat ketupat. 
Jika Raya jatuh pada hari Ahad. Hari Raya ke empat iaitu hari Rabu kami akan balik ke Muar, Johor pula untuk beraya di kampungku. Bila sampai Johor barulah aku boleh balun ketupat banyak-banyak.
Villa Seri

Pekan Bukit Gambir

Pagi tadi adalah antara hari yang paling senang nak kejut anak-anak-anak aku. Cakap jer " BANGUN NAK BALIK KAMPUNG RAYA NIE....SAPA X BANGUN TINGGAL " semua terus bangun mandi..adik siap cakap nak pakai kasut raya & songkok raya.


Tuesday, August 14, 2012

bERgEr dEL LeMbU + kEtAm

Wakakakakaka...

sebelum aku taip post ni aku nek gelak dulu sebab tetiba aku jadi chef setelah aku mendapat ilham resepi ni sewaktu aku bangun dari tidur. Sebab dah boring dengan menu di bazar Ramadhan aku fikir nak buat menu sendiri.

Resepi ini aku bagi nama 

                     berger del lembu ketam

bahan-bahannya:
  1. Kuali leper.
  2. Dapur gas
  3. Marjerin
  4. Roti berger
  5. Daging berger ( Ramly sahaja )
  6. Sos 
  7. Kicap Mak Jah
  8. Stik ketam
  9. Telur ayam
  10. Pinggan
 



cara-cara memasak :
  1. Masak daging berger macam biasa.
  2. Masak juga stik ketam macam biasa.
  3. Bakar roti berger sehingga sedikit hangus.
  4. Bila daging berger hampir masak letakkan sedikit kicap Mak Jah kemudian masak semula
  5. Masukkan daging berger ke dalam telur yang telah digaul kemudian bakar semula.
  6. Masak telur yang telah digaul itu kemudian balut daging berger yang telah masak,


  1. Susun roti, daging & stik ketam mengikut citarasa anda.
  2. Letakkan sos ( mayonis, sayur, keju & apa saja mengikut selera anda )

  1. Sediakan air sirap laici
  2. Makanlaaa....... 



Sebenarnya ini adalah menu aku berbuka puasa pada Ahad 12 Ogos 2012 sebab hari tu malas nak keluar rumah pegi bazar. 1 hari lepak rumah jer.. Kalau korang minat try la menu aku..
Wakakakaka...............

aKiBat LaJu

Sewaktu aku melalui jalan di Alam Impian aku lihat ramai orang berhenti di tepi jalan dan melihat-lihat di dalam parit besar di tepi jalan tersebut. Tergerak hati untuk aku menyibuk.

 ni la yang aku tengok



dengar cerita dari orang ramai kat situ kereta ni terbabas sewaktu membuat pusingan di bulatan alam impian tu. Mungkin laju sangat kot. Pemandunya selamat cuma cedera ringan & bernasib baik sebab parit tu xda air.

pst : Peringatan untuk diri sendiri berhati-hati memandu.

bErBuka @ pAdAnG MbSA ShAH aLAm

11 Ogos 2012 yang lalu kami sekeluarga telah berkesempatan berbuka puasa di padang MBSA Shah Alam berdekatan Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan pada hari yang sama berlangsungnya Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012. Memang meriah hari tu. Kat Padang ni pun memang hari hari ramai yang berbuka di sini. 
Sebelum masuk waktu berbuka tu bagi lah diaorang main bola kat padang tu. Bebas berlari maklumlah padang luas.





 Sampai kat padang ni lebih kurang jam 6.45 ptg. Waktu tu pun dah ramai yang ambil port untuk berbuka puasa


baby


Faris biasa la merebut bola yang di pegang baby

nih lah akibat nya waaaaaaaa..................





Waktu perancangan program berbuka puasa ni ramai lah yang berjanji. Tapi biasa la last minit ramai yang ade hal. Yang berkesempatan Ijal, Siti & Adi jer......




Tepat jam 7.28 ptg Azan Maghrib pun berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi Shah Alam.
Lepas berbuka Siti & Ady pun berangkat pulang. Tinggal kami sekeluarga & Ijal. Lepas tu kami ronda-ronda sekitar Karnival Belia yang terdapat gerai-gerai jualan








Jalan punya jalan terserempak pula dengan member se Opis aku iaitu En Hanif yang bertugas memasak, menjaga, mengagih dsb. Dengar cerita jumlah bubur lambuk yang diagihkan 30000 unit.

 Jalan-jalan lagi terserempak pula dengan Abby Abadi yang sedang mempromosi bukunya. Tajuk buku tu aku lupa laa......
Lebih kurang jam 10.00 malam kami bertolak balik....