Hujung minggu baru nie aku berkesempatan balik ke kampung di Muar, Johor. Sempena cuti Nuzul Quran pada hari Isnin, Maka dapatlah aku bercuti selama 3 hari di kampungku. Oleh kerana tahun ni Kami sekeluarga akan berhari Raya di Perak. Jadi segala perancangan @ persiapan untuk keluargaku di Johor kenalah buat & bagi masa balik ni. Lepas ni balik Raya ke 4 laa..pulak.
----------------------------------------------------------------------------------
Hari ke Satu
Sampai je kampung aku terus terkam bean, Setelah beberapa kali cuba start, deruman enjin bean pun memecah keheningan petang. wakakaka. Dengan bean aku terus menuju Pekan Bukit Gambir untuk ke BAzar Ramadhan
Menu hari tu adalah : Murtabak Singapura ( best giler ), Nasi Lemak kukus, Apam balik, Air Jagung & Air Katira
Akak Sampai lewat 5 minit dari waktu berbuka, Terpaksa buka puasa di jalan. Bila sampai jer riuh ler rumah mak dengan hero-hero & heroin yang agak lama xjumpa. Bila otromen jumpa raksaksa....wakakaka.
------------------------------------------------------------------------------------
Hari ke dua
Hari ke dua di berpuasa di kampung memang agak penat.Maklumlah aku kalau balik ke kampung banyak jer benda nak buat. Tapi aku nak cerita lebih kepada acara berbuka puasa.
Menu hari tu adalah : Murtabak Singapura, mee bandung muar, bubur lambuk, awam percik, tapai ubi, kuih pelita, karipap, air laici, air tebu, air katira.
Kali ni berbuka memang meriah sebab semua ada kecuali abah yang ada jemputan berbuka di majlis kenduri.
Murtabak Singapura ( Best Giler ) |
Mee Bandung Muar ( Ori punya ) |
Malam tu aku & anak & anak buah aku pasang pelita raya. Awal giler. baru 2 minggu berpuasa. wakakakaka....
Anak-anak aku mengamuk nak ikut Mak Longnya pergi pekan. Terpaksalah abah bawakan juga. Bagi mandi siap-siap. Masuk keta xsampai 5 minit dah lebur.( gambar bawah ). Belum sampai pekan lagi. Maklumlah siang x tidor. Asyik main jer ngan sepupu-sepupunya.Oleh kerana dah keluar. Abah & mama jer la yang ronda-ronda.
-----------------------------------------------------------------------------------
Hari ke tiga
Akak dah balik ke Melaka pagi Ahad. Jadi tinggal aku sekeluarga jer la. Waktu siang aku gagahkan juga untuk basuh & polish mylivina. Polish tu yang sakit hati sebab ada kekotoran yang disebabkan perangai manusia. Maklumlah aku duduk rumah atas. Petang tu sempat juga aku bawak mak & atuk pergi ke Pekan Bukit Gambir. Dapat juga mak tudung raya. Lepas tu pegi bazar ramadhan.
Menu hari tu adalah : Roti Jala, Rojak, Pecal, Roti John, Air Jagung, Air Katira, Roti canai sardin,
Hari Isnin jam 2.00 ptg aku dah bertolak balik ke Shah Alam. Bertolak awal untuk mengelakkan Jem. Singgah kat rumah Usu & Akak lagi untuk ambil kuih raya.Sampai Shah Alam dah Maghrib jadi aku berbuka di dalam kereta jer..
( Villa Seri ) Raya ke Empat nanti baru aku balik semula ke sini. huhuhuhu |
No comments:
Post a Comment