11 Ogos 2012 yang lalu kami sekeluarga telah berkesempatan berbuka puasa di padang MBSA Shah Alam berdekatan Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kebetulan pada hari yang sama berlangsungnya Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012. Memang meriah hari tu. Kat Padang ni pun memang hari hari ramai yang berbuka di sini.
Sebelum masuk waktu berbuka tu bagi lah diaorang main bola kat padang tu. Bebas berlari maklumlah padang luas.
Sampai kat padang ni lebih kurang jam 6.45 ptg. Waktu tu pun dah ramai yang ambil port untuk berbuka puasa
baby
Faris biasa la merebut bola yang di pegang baby |
nih lah akibat nya waaaaaaaa.................. |
Waktu perancangan program berbuka puasa ni ramai lah yang berjanji. Tapi biasa la last minit ramai yang ade hal. Yang berkesempatan Ijal, Siti & Adi jer......
Tepat jam 7.28 ptg Azan Maghrib pun berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi Shah Alam.
Lepas berbuka Siti & Ady pun berangkat pulang. Tinggal kami sekeluarga & Ijal. Lepas tu kami ronda-ronda sekitar Karnival Belia yang terdapat gerai-gerai jualan
Jalan punya jalan terserempak pula dengan member se Opis aku iaitu En Hanif yang bertugas memasak, menjaga, mengagih dsb. Dengar cerita jumlah bubur lambuk yang diagihkan 30000 unit.
Jalan-jalan lagi terserempak pula dengan Abby Abadi yang sedang mempromosi bukunya. Tajuk buku tu aku lupa laa......
Lebih kurang jam 10.00 malam kami bertolak balik....
No comments:
Post a Comment