Oh oh Oh balik kampung.....oh Oh oh balik kampung...hati girang...
Hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang merancang untuk balik ke kekampung masing-masing termasuk aku. Walaupun ada yang telah bertolak semalam atau lebih awal lagi. Aku TERpaksa balik lewat sikit kerana tugas yang perlu di laksanakan !!!. Sejak semalam lagi aku @ wife sibuk mengemas, membungkus, mempacking dan sebagainya. Sampaikan buat berkali-kali untuk memastikan xada benda yang tertinggal.
Kalau ikut kiraan aku , cukup dah semua persiapan untuk menyambut Raya tahun ni. Banyak lagi kalu ikut nafsu. Ukur baju badah sendirilah. Beli ikut kemampuan. Yang paling penting anak-anak-anak aku termasuk mamanya dapat apa yang sepatutnya. Baju baru, seluar baru, kasut baru, songkok baru, tudung baru dan banyak lagi lah.
Abahnya dapat tengok mereka gembira cukuplah.
Raya tahun ni kami sekeluarga akan balik ke kampung wife di Trong, Taiping, Perak.
Bagi aku ini kali ketiga aku beraya di Perak @ lebih tepat lagi kampung selain kampungku di Johor. Beza yang paling ketara antara dua benua ini ialah di Johor makanan tradisi Rayanya ialah ketupat.
Di Perak pula makanan tradisi Rayanya ialah Lemang.
Mula-mula tu aku rasa janggal juga bila raya xbuat ketupat.
Jika Raya jatuh pada hari Ahad. Hari Raya ke empat iaitu hari Rabu kami akan balik ke Muar, Johor pula untuk beraya di kampungku. Bila sampai Johor barulah aku boleh balun ketupat banyak-banyak.Masjid Trong |
Pekan Trong |
Di Perak pula makanan tradisi Rayanya ialah Lemang.
Mula-mula tu aku rasa janggal juga bila raya xbuat ketupat.
Villa Seri |
Pekan Bukit Gambir |
Pagi tadi adalah antara hari yang paling senang nak kejut anak-anak-anak aku. Cakap jer " BANGUN NAK BALIK KAMPUNG RAYA NIE....SAPA X BANGUN TINGGAL " semua terus bangun mandi..adik siap cakap nak pakai kasut raya & songkok raya.
No comments:
Post a Comment