Diam xdiam hari ni dah masuk hari ke 13 umat Islam menjalani ibadah Puasa. Aku bersyukur kerana xda miss setakat nie. Yang paling penting kesihatan. Kalau sihat xda alasan untuk ponteng puasa. Sebelum Bulan Puasa haritu kat opis aku ada ceramah agama. Ustaz tu cakap apa alasan anda jika xboleh puasa. Adakah sebab kerja anda. Cuba lihat kerja anda sekarang dan bandingkan dengan orang yang kerja di bawah terik mentari tapi mereka boleh berpuasa.emmmm.......kita yang kerja dalam air-cond dah mengeluh...
Selama 12 hari berpuasa yang lalu aku telah berkesempatan pergi ke bazar-bazar ramadhan sekitar Shah Alam. Biasa ler bazar nie memang meriah dengan gelagat penjual & pembeli. Yang paling kecoh penjual laaa.. Macam-macam cara yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli..Awas jika lihat penjual yang menjual makanan dengan kuantiti yang banyak. Silap-silap terbeli makanan yang dimasak minggu lepas dan dipanaskan berkali-kali...
Ini adalah senarai bazar sekitar Shah Alam yang sempat aku pergi....aku beli & aku puas hati sebab sedap............
Bazar keistimewaan
- Stadium Shah Alam Murtabak Singapura/Kebab cucuk
- Seksyen 17 Roti goreng
- Seksyen 18 Nasi Beriani/Ayam goreng crispy
- Seksyen 7 Ayam Percik /Berger bakar
- Seri Muda Karipap/ Air buah
- Bukit Naga Roti Jala kuah kari kawah
- Jalan Kebun 1 Lauk Rendang Hati Lembu
- Jalan Kebun 2 Nasi Beriani Ayam
No comments:
Post a Comment