TenTAnG aKU

Monday, July 23, 2012

1 rAmAdHan @ bAzAr StaDiuM

1 Ramadhan yang lalu aku sepakat nak sambut Bulan Puasa kat rumah jer. Biasala 1st puasa mesti letih punya. Tapi aku rasa bukan perut aku lapar ke atau berkeroncong ker. Yang paling penting adalah nak set minda untuk perubahan yang akan berlaku bila berpuasa. Rutin harian kita akan berubah sama sekali. Bila dah beberapa hari semua dah ok. Terutama macam aku yang merupakan penghisap rokok tegar. Minda yang paling teruk kena asak. wakakakakak...bila dah jam 5.00 ptg mula la fikir nak ke bazar Ramadhan mana. Setelah berbincang kami sepakat nak pusing-pusing ke bazar area Telok Panglima Garang..Jauhkan. Bukan apa bazar yang dekat-dekat ni time hari kerja leh pegi . Hari 1 puasa kan cuti .saja cari yang jauh-jauh. Pusing punya pusing x jumpa bazar yang berkenan dihati untuk singgah. Last-last tukar plan ke bazar stadium shah alam. Punya la jauh plan lari...wakakakkaka....


sampai kat bazar stadium lebih kurang jam 6.00 ptg. Jem xingat la nak masuk ke tempat tu. Maklumla, bazar kat sini adalah antara yang paling popular kat shah alam. Pengunjung yang datang pun boleh tahan ramainya





Memang banyak pilihan makanan yang di jual kat sini. Apa yang aku nak beli yek. Wife aku pun dah pening sebab banyak sangat. Aku cakap , kita cari apa yang paling spesial @ susah nak dapat kat sini. Pusing-pusinglah kami sampai pening . Kalau x silap aku bazar ni ada 4 lapis panjang. Abang & adik awal-awal lagi dah sebat nugget.....emm......xmalu ....xpuasa....
antara makanan yang terkenal kat bazar sini ialah daging kebab cucuk. nampak tu kambing panggang. yang paling xtahan ialah barisan yang setia menunggu giliran membeli. kalu aku start beratur agaknya kul 8.30 nanti baru dapat ...menu kensel


Akhirnya niat nak beli jer juadah & berbuka kat rumah x jadi sebab dah masuk waktu berbuka kitaorang masih lagi kat bazar stadium. Berbuka kat paking jer la. Menu berbukanya ialah murtabak singapore, rojak karim & 3 jenis air iaitu air tembikai, laici & jagung. betul-betul haus nie.....

No comments:

Post a Comment