Hujung minggu yang lepas baru ni aku sekeluarga berkesempatan balik ke kampung wife aku di Teluk Intan.Tok & Wan pun turut sama datang dari Kampung di Trong. Mereka datang dari minggu lepas lagi. Ikut plan tahun ni kami sekeluarga akan menyambut Hari Raya di Kampung Wife aku di Trong Taiping. Oleh itu, kali ni kami sepakat untuk berbuka puasa di rumah Teluk Intan je.
Seronok juga berbuka ramai-ramai ni. Tapi beberapa orang ahli keluarga tak dapat turut serta. Antaranya Abg Mat & Taufik. Waktu berbuka ni mewah dengan air. Macam-macam jenis air yang diorang beli kat bazar Ramadhan. Masing-masing kehausan kot. Maklumlah cuaca yang agak panas di Teluk Intan.
-----------------------------------------------------------------------------------
Jam 11.00 malam, selepas hero2 & heroin tido, kami berkesempatan ronda-ronda di Bandar Teluk Intan. Tempat tumpuan sudah pasti lah Menara Condong Teluk Intan. Ramai sungguh yang sedang bersantai & shooping kat sini. Maklumlah malam minggu. Kat sini terdapat gerai-gerai jualan yang di panggil GERBANG MALAM. Lebih kurang pasar malamlah. Cuma ia beroperasi sampai lewat malam. Kebanyakan jualan ialah pakaian. Ronda-ronda jer. tapi tak ada yang berkenan di hati.
----------------------------------------------------------------------------------
Setelah 3 hari 2 malam di Teluk Intan petang Ahad kami balik semula ke Shah Alam. Bertolak agak awal dari Teluk Intan jam 4.00 ptg untuk mengelakkan traffic jam.Alhamdullilah perjalanan lancar walaupun jumlah kenderaan yang agak banyak. Sempat juga singgah di gerai jualan di Sekinchan untuk beli kuih Raya. Sampai di Shah Alam lebih kurang jam 6.30 ptg. Setelah berbincang kami ke bazar Ramadhan Seksyen 7, Shah Alam. Ramai giler orang kat situ. Sesak. Setelah membeli juadah berbuka yang merupakan ayam percik, berger bakar, donut & air 3 bungkus ( haus giler ) tengok-tengok jam dah 7.15 ptg. Tak sempat nak balik rumah ni. Nasib baik kat sebelah bazar ni ada taman mainan kanak-kanak. Ok lah . kita port kat sini. sambil hero2 & heroin main taman bolehlah aku berbuka Puasa.
No comments:
Post a Comment