Laporan ini di Copy Paste dari blog P.O Gombak
30 Jun 2012 (Sabtu); KSKS JP Selangor dengan kerjasama P.O Gombak telah menganjurkan Kejohanan Mini Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2012. Hanya 4 acara dipertandingkan iaitu futsal lelaki, badminton berpasukan, ping pong berpasukan dan karom berpasukan.
poster kejohanan |
Setelah tamat acara futsal dan badminton pada tengahari, para pemain, penyokong dan kaum keluarga masing-masing bergerak pula ke Pejabat Operasi Gombak untuk menikmati makan tengahari serta penyampaian pingat kepada pemenang-pemenang acara futsal dan badminton.
Acara seterusnya iaitu ping pong dan karom berlangsung sengit dan upacara penyampaian pingat berlarutan hingga jam 5.00 petang.
Berikut keputusan bagi acara-acara yang dipertandingkan:
Pertandingan futsal dijalankan secara timbal balik (setiap pasukan menentang sesama sendiri sebanyak 2 kali). Perlawanan sengit yang kadangkala agak tegang antara 3 penjuru akhirnya menyaksikan HQ Shah Alam muncul johan, P.O Gombak sebagai naib johan dan P.O Kajang di tempat ketiga.
Dalam acara badminton berpasukan, 4 kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Persaingan sengit antara HQ Shah Alam dan P.O Kajang yang memungut mata yang sama menyebabkan pemenang emas terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. P.O Kajang diisytihar sebagai johan, HQ Shah Alam naib johan dan P.O Gombak terpaksa merelakan diri berada di tempat ketiga.
Bagi acara khas untuk VIP, kategori perseorangan wanita dimenangi Pn. Shima yang menewaskan Pn. Azah. Dalam kategori beregu, pasangan En. Rosli / En. Abu Bakar berjaya menewaskan pasangan Mr. Lee / En.Azhari.
Bagi acara ping pong berpasukan, kategori yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. HQ Shah Alam nyata terlalu unggul dalam acara ini dengan membelasah kedua-dua P.O.... sampainya hati mereka!
Hanya 3 kategori dipertandingkan dalam acara karom berpasukan, iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita. Kekuatan seimbang antara mereka menyaksikan ketiga-tiga pasukan memungut mata yang sama. Pemenang pingat terpaksa ditentukan berdasarkan jumlah set yang dimenangi. Johan dimenangi oleh P.O Kajang, naib johan jatuh kepada P.O Gombak dan HQ Shah Alam terpaksa berpuashati mendapat pingat gangsa.
Berdasarkan carta di atas, jelas sekali P.O Gombak berjaya menjadi tuan rumah yang baik kerana cuba sedaya upaya menggembirakan hati tetamu yang datang dari jauh dengan tidak merebut walau satu pun pingat emas... hehe! Walaupun agak kekurangan dari segi jumlah anggota... warga P.O.G tetap berbangga dapat juga merebut 3 pingat perak...maknanya berupaya juga memberi saingan dan tidaklah corot sangat.
majlis penyampaian hadiah |
macam-macam ragam pemain dan penyokong... |
seorang juara menerima pingat..wakakakaka.... |
Jumpa lagi di kejohanan yang akan datang.
Sekian, wartawan K-POG yang tak bertauliah melaporkan.
tahniah p.o gombak. penganjuran yang berjaya mencapai matlamatnya....
ReplyDelete