TenTAnG aKU

Wednesday, July 18, 2012

bAby bIrtHDay @ pOrT dIckSoN

15 Julai 2012 merupakan tarikh ulang tahun ke 2 Aireen Farisya Insyirah binti Ahmad Fais. Oleh kerana adik selalu sebut-sebut nak ke P.D je hari-hari. Kami sekeluarga bersepakat menyambut besday baby di P.D. Sabtu petang Achik datang dari Perak kerana Isnin dia ada exam di Seri Kembangan. Cantiklah. Boleh bawak achik sekali.

goreng ubi made in Johor untuk dibawa ke PD

kami bertolak jam 9.30 pagi. singgah sekejap kat pasar pagi stadium shah alam nak beli pengilat. kemudian terus bertolak ke PD melalui Lebuhraya Elite/Plus. Sampai di PD lebih kurang jam 11.30 pagi. Masa ni cuaca panas tapi agak redup. Sampai je PD terus cari kek besday baby. Pastu kami cari tempat yang sesuai untuk berkhemah. Cari punya cari akhirnya kami memilih Pantai Cahaya sebelah Petronas. Kat situ memang ramai orang pasang khemah untuk berkelah. Diaorang sampai jer terus terkam main pasir. Mama & abah pasang khemah. Sayang khemah tu xcukup lengkap. Janji boleh jela.














Bila khemah siap di pasang. Acara sambut besday baby bermula. Biasala yang over sambut adik ler. sebabkan panas & angin kuat acara potong kek berlangsung didalam khemah...















Lepas  acara potong kek , diaorang dah tak sabar - sabar lagi nak mandi. Dengan suhu kepanasan melebihi paras yang sepatutnya untuk berjemur. xheran dah diaorang. Apa taknya. Jam menunjukkan 12.30 tengahari.. Abah dah rasa pening-pening lepak jer dalam khemah.






Lebih kurang sejam diaorang berendam. Pastu main pasir pulak. Jam 3.00 ptg masing-masing dah kebulur , makanlah nasi yang di bawa dari rumah tadi. Pastu abah suruh diorang rehat & tidur dulu sebab cuaca masih panas terik nanti. Baby lak badan dah lain macam nak demam.



Bagi baby minum panadol xlama pastu badan dia beransur pulih.





Jam 5.15 ptg cuaca masih agak terik lagi . Tapi abah bawa diorang berendam untuk kali kedua.





















Jam 7.00 ptg kemas-kemas & bawa diaorang mandi kat tandas berdekatan. Perut lapar ni.....
Bila semua dah siap. Nak cari lak tempat makan ni. Pusing punya pusing akhirnya kami ke Teluk Kemang.








Perut dah kenyang, diaorang sibuk lak nak naik kereta & motor pendek !!!!!







Jam 9.30 malam kami bertolak balik ke Shah Alam. Tiba di Shah Alam jam 11.00 malam semua kepenatan..

No comments:

Post a Comment