TenTAnG aKU

Wednesday, July 25, 2012

CUEPACS sambut baik bonus raya

CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Kesatuan yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di negara ini, turut menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah. Manfaat bonus
Presidennya, Datuk Omar Osman, menggesa kakitangan kerajaan yang bakal menikmati bonus itu supaya memanfaatkan imbuhan berkenaan dengan merancang perbelanjaan mereka.

Pada masa sama, beliau juga berharap peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pemberian imbuhan itu untuk menaikkan harga barangan lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mempertimbangkan permohonan CUEPACS berhubung bonus.

Saya berharap ia akan mendorong kakitangan sektor awam mempertingkatkan kualiti kerja masing-masing seiring dengan hasrat kerajaan untuk memberikan khidmat terbaik, katanya kepada BH, semalam.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa yakin pemberian bonus dapat menambah kemeriahan musim perayaan ini.

Pengumuman tepat

Pengumuman bonus itu adalah tepat pada masanya bagi kakitangan awam yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan bagi pihak warga penjawat awam, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan, katanya menasihati penjawat awam supaya menggunakan bonus yang diterima secara berhemah.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh, berkata pemberian bayaran khas kewangan RM500 kepada pesara kerajaan turut membuktikan bahawa golongan berkenaan tidak dipinggirkan kerajaan. 
 
Laporan dipeti dari Berita Harian 26 Julai 2012

No comments:

Post a Comment