TenTAnG aKU

Wednesday, July 25, 2012

mAlAySia Vs aRsEnAL 2012

24 Julai 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil



KEJUTAN hampir dilakar Harimau Malaya namun kealpaan lima minit terakhir membawa padah apabila tunduk 1-2 menentang kelab gergasi bola sepak Inggeris, Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pemain pertahanan kiri negara, Mohd Azmi Muslim meledak jaringan tunggal skuad negara perlawanan yang disaksikan kira-kira 50,000 penonton.


Aksi babak pertama nyata menghiburkan apabila kedua-dua pasukan mendapat peluang untuk membuka jaringan selain permainan menyerang yang dipamerkan.
Kecekapan penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias wajar dipuji apabila menafikan beberapa peluang keemasan lawan menerusi Maroune Chamakh dan Andre Santos.


Skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal nyata berjaya ‘mencuri hati’ penonton apabila mengimbangi corak permainan pantas lawan menerusi hantaran kemas dan tepat.

No comments:

Post a Comment