PUJIAN melambung pengendali Arsenal, Arsene Wenger terhadap jurulatih dan pemain negara menggambarkan persiapan Harimau Malaya mempertahankan Piala AFF penghujung tahun ini berada pada landasan tepat.
Pengendali kelahiran Perancis itu nyata mengagumi persembahan pemain negara seperti tonggak pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Gary Steven Robbat, S Kunanlan, Mohd Farizal Marlias serta kapten negara, Mohd Safiq Rahim yang membuatkan beliau tidak senang duduk sepanjang perlawanan berlangsung.
“Pemain beraksi dengan bersungguh-sungguh walaupun di bulan puasa. Saya fikir kami seharusnya mencatatkan kemenangan dan keputusan seri adalah adil,” katanya yang mengotakan janji kepada Wenger untuk menghadirkan tentangan sengit selepas kecundang mudah 0-4 pada tahun lalu.
Barisan pemain negara akan meneruskan latihan bagi menghadapi cabaran lebih hebat apabila melayan kunjungan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City, Isnin ini diikuti kem latihan dua minggu di Austria selepas ini.
No comments:
Post a Comment