TenTAnG aKU

Wednesday, September 19, 2012

Al-FaTihaH

Sewaktu aku menonton perlawanan bolasepak Malaysia Vs Vietnam. Aku telah menerima berita tentang pemergian Nenek Tijah ( pangkat Nenek Saudara ) daripada Latif.
Maklumat awal yang aku terima Jenazah akan dikebumikan di Simpang Ranggam , Johor. 
Untuk ke Simpang Ranggam memang jauh kalau nak dikira dari Shah Alam. 
Tetapi maklumat kedua jenazah akan dibawa balik ke Kampung aku untuk dikebumikan pada 12 hb ( Rabu ).
Setelah berbincang dengan wife aku. kami bertolak balik pagi Rabu memandangkan jenazah akan dikebumikan pada tengahhari.
Nenek Tijah memang telah lama uzur. Disebabkan itu anak-anaknya bergilir-gilir menjaganya. Sekejap di Pahang, sekejap di Kuala Lumpur dan yang last ni di Simpang Renggam. Raya baru ni pun aku xberkesempatan jumpa dia.
Sewaktu aku kecil-kecil aku selalu  main-main kat rumah dia memandangkan rumah dia bersebelahan dengan rumah Atuk aku. Apatahlagi aku selalu bermain dengan Cucu Nenek Tijah ( Latif ). Memang aku rapat dengan Latif sampai sekarang.

Al- Fatihah Untuk Nenek Tijah 
Moga Rohnya dicucuri Rahmat

No comments:

Post a Comment