ALLAH HU AKBAR....ALLAH HU AKBAR....ALLAH HU AKBAR
LAA ILLAH HA ILLAULAH HO WAULAAH HUAKBAR
ALLAH HU AKBAR WABILLAH HILHAM....
Gambar atas adalah Masjid Al Rahmaniah di Pekan Trong. Agak sesak dengan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang setahun sekali sahaja.
LAA ILLAH HA ILLAULAH HO WAULAAH HUAKBAR
ALLAH HU AKBAR WABILLAH HILHAM....
Sebak rasa pagi raya 1 Syawal . tetiba aku rasa insaf pun ada.
Macam biasalah pagi raya bangun jer terus siap-siap nak pergi masjid untuk menunaikan Sembahyang Raya Aidilfitri. Yang paling seronok adalah melihat anak-anak aku happy sesangat bersiap untuk pakai baju Raya baru...teringat masa aku kecil-kecil dulu.Gambar atas adalah Masjid Al Rahmaniah di Pekan Trong. Agak sesak dengan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang setahun sekali sahaja.
Balik semula ke rumah aku terus menikmati juadah yang telah disediakan. Sedap juga lemang yang aku bakar semalam. he he he..Rasa janggal juga sebab dah hampir sebulan tak makan waktu pagi. Di tambah pula dengan rendang ayam. FUHHH.....
Selesai makan , Upacara bersalam- salaman momohon keampunan keluarga kami. Ditambah pula dengan acara bergambar. Dah pakai cantik-cantik rugi jika tidak diabadikan.
Selesai upacara bersalam- salaman kami bertolak beraya ke beberapa buah rumah sanak saudara terdekat di sekitar Trong. Memang seronok terutama anak-anak aku yang sibuk mengHIMPUN duit raya.
Petang hari kami merancang untuk pergi beraya di Bagan Serai rumah Tok belah wife aku punya Abah. Tapi belum sempat pergi tetamu dah berduyun-duyun datang. Pastu pulak petang tu hujan lebat. Tergendala perancangan.
Malam tu kami pasang pelita disekeliling rumah & main bunga api lagi. Memang best.
No comments:
Post a Comment