Cuti 3 hari sempena Hari kemerdekaan yang lalu agak membosankan duduk dirumah. Perancangan untuk bercuti di Cherating terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Untuk mengelakkan tahap kebosanan terlampau itu.Hari Ahad bersamaan 2 September 2012 kami sekeluarga telah sepakat untuk pergi ke Sungai Lentang yang terletak di Bentong, Pahang. Aku dah lama dengar pasal sungai ni yang mana sungai ni memang sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana airnya cetek & dasar berpasir.
Kami bertolak agak lewat lebih kurang jam 12.30 tgh .
Jam 2.00 ptg kami sampai di Sungai Lentang ini. Anak-anakku apa lagi. Nampak je air terus nak terkam.
No comments:
Post a Comment