TenTAnG aKU

Friday, September 7, 2012

hAri RaYa @ mUaR = 7-9 sYawAl

Hari raya ke 7-9 Syawal aku tak banyak berjalan-jalan beraya. Niat untuk pergi beraya rumah Cik Abu di Labis pun xjadi kerana dia tak ada kat rumah. 

Sabtu malam Ahad aku keluar kebandar Muar dengan kawan-kawan aku Pak Ali, Nijam, Udin & Ijan. Kami pergi berkaraoke & makan-makan. Seronok juga dah lama tak keluar ngan diorang. 

Hari Ahad aku tebang pokok kelapa belakang rumah, he he he. dengan bantuan Latif.

Hari Isnin aku berkemas-kemas untuk balik ke Shah Alam. Rindu juga  kat rumah aku & opis !!!!!..
Kalau ikut perancangan kami nak balik pukul 3.00 ptg. Tapi tengahari dapat berita sedih lagi Mak kawan aku telah meninggal dunia. Memang dia dah lama sakit & berulang kali keluar masuk hospital. Meninggal pun di Hospital. Aku pun terus ke kawasan perkuburan kampung aku. Ingatkan nak tolong orang gali kubur. Tapi sampai-sampai liang dah siap. Waktu tu jam 2.00 ptg. Jenazah dikebumikan lepas Asar. 
Jam 5.30 petang barulah kami bertolak balik ke Shah Alam.
Sampai di Shah Alam lebih kurang jam 8.00 malam. Perjalanan lancar tiada JEM. Alhamdullilah... 

No comments:

Post a Comment