TenTAnG aKU

Friday, September 14, 2012

jOhOr F.a & jOhOr F.c

Dua skuad Johor tak gabung

PRESIDEN Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan Johor dan Johor FC kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dan tidak akan menggabungkan kedua-dua pasukan itu.
Pengesahan itu merungkai segala spekulasi mengaitkan Johor dan Johor FC yang didakwa akan disatukan untuk beraksi dalam kancah Liga M sekali gus melegakan penyokong kedua-dua pasukan.

Katanya, perancangan rapi sudah dibuat bagi memastikan Johor yang beraksi di Liga Perdana manakala Johor FC yang kekal di Liga Super dibentuk dengan barisan pemain lebih berkualiti dalam usaha mengembalikan kegemilangan era 80an dan 90an bola sepak Johor sudah mendapat lebih 20 penajaan dari syarikat tempatan termasuk dua tajaan syarikat antarabangsa, salah satu daripadanya pengeluar kenderaan terbesar India, TATA.
“Saya sudah merancang mengambil pemain import bertaraf lima bintang beraksi bersama Johor dan Johor FC selain pemain tempatan, terutama anak jati Johor akan dipanggil mewakili kedua-dua pasukan.

“Pada masa ini perbincangan sudah dilakukan dengan ejen pemain import yang mengendali pasukan Liga Sepanyol, Altelico Madrid, George Mendez untuk mencari pemain import berkualiti dan saya lebih gemar mendapatkan pemain dari Argentina dan Brazil.

“Siapa yang mewakili Johor dan Johor FC, biarlah rahsia dan saya janji akan membuat pengumuman November ini. Apapun saya sudah berjanji kepada peminat bola sepak Johor dan Johor FC betapa kedua-dua pasukan itu bakal menjadi kuasa baru bola sepak Malaysia,” katanya selepas merasmikan Liga Johor 2012 di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/15

2 comments:

  1. kuasa baru? dgr cerita mcm gempak... jgn sembang je lebih dahlaa... mcm phg dulu masa byk duit pun pernah berangan2 nk jd 'real madrid msia'... wakaka

    p/s: abihlah duit org johor (trmasuk f.a negeri & sykt2 johor yg dipaksa jadi penaja) nk byr gaji player import yg berkualiti tu...

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat jer laaa...banyak dah kita tengok duit boleh beli kejayaan...

    ReplyDelete