TenTAnG aKU

Friday, September 14, 2012

rUmAh tErbUkA

Biasalah bila Hari Raya jer ramai yang berlumba-lumba nak buat rumah terbuka. Aku sekeluarga memang dah lama teringin nak buat rumah terbuka panggil orang datang rumah beraya. Tapi dengan keadaan rumah aku sekarang yang tidak mengizinkan. Bukan tak boleh buat tapi agak menyusahkan orang yang nak datang. Dengan paking yang jauh sebab kena paking luar. Dulu pun pernah buat makan-makan masa sambut birthday Faris pun kami hanya buat kat Taman Tasik Shah Alam jer. Tak apalah lain kali kami akan cuba buat juga.
8 hb lalu ramailah yang panggil kami sekeluarga ke rumah mereka. Aku pula last-last minit kena buat OT sebab kerja dah semakin banyak . Jadi untuk beberapa rumah aku terMISS lah untuk pergi. 
Wife aku bawa anak-anak aku & panggil kawan dia Lily untuk teman pergi ke rumah Wan di Taman Tun Dr Ismail . Lepas tu diaorang pergi pula ke rumah Siti & Ady di Bukit Jelutong.
Petang tu pula diaorang ambil aku yang baru balik OT & terus menuju kerumah Muriza di Padang Jawa.
Kat rumah Muriza memang ramai jemputannya. Maklumlah diakan Yang BerHormat..He he he  ( Bakal ).

Sewaktu aku tiba kat rumah dia rombongan dari persatuan berbasikal Meru baru sampai. Memang meriahlah.

Selepas rumah Muriza kami sekeluarga ke rumah Talib di Taman Medan. Tercari-cari rumah dia kerana aku ingat-ingat lupa. Dulu aku pernah pergi sekali jer. Kat area Taman Medan ni memang suasana Hari Raya memang ada lagi. Mana taknya . Berlambak-lambak orang sedang membakar lemang untuk dijual. Tapi menurut makluman Ayah Talib. Lemang-lemang yang sedang dibakar tu semuanya dah ditempah orang. Pehh !!! Tahun depan boleh kalau aku nak bisnes lemang kat sini.....

No comments:

Post a Comment