Tahun ini merupakan sejarah tercipta bagi anak-anakku kerana telah berjaya mengutip duit raya terbanyak setakat ini iaitu lebih kurang RM600. Sebab lebih kurang tu adalah kerana jumlah yang tepat tidak dapat dikenalpasti kerana ada yang tercicir, terpakai (opss.!! ) dan sebagainya. Tahun lepas pun dapat lebih kurang RM300 jer.
Setelah berbincang kami suami isteri, Kami memutuskan untuk membelikan mereka kereta mainan kawalan jauh. Sebab beli benda ni adalah mereka dah lama minta benda ni. Jadi bagilah mereka gembira sikit . Abah pun boleh tumpang sekaki. he he he..
Untuk membolehkan kereta yang akan dibeli nanti boleh dimainkan dimana sahaja. Kami sepakat untuk membelikan kereta jenis truck.
Cari punya cari dapat dalam mudah.com harga terbaik RM100.00.Duit yang selebihnya simpan di ASW. Harap-harap jangan berebut sudah.
Kereta ni bergerak agak pantas. Kalau main kat dalam rumah memang asyik terlanggar dinding je. Boleh menyebabkan JAHANAM..Untuk beri diaorang puas main kereta ni kami bawa diaorang main kat padang MBSA. Barulah kereta ni bebas bergerak. Sayangnya baterinya tak tahan lama. Lebih kurang 20 minit main untuk sekali cas. Aku pun beli 1 set bateri lagi untuk spare kalu main kat luar rumah
Hati senang bila melihat anak happy
No comments:
Post a Comment